Assalammualaikum.. aku nak share dan untuk simpanan aku sendiri berkenaan penjagaan gigi ni.
Bagi yang tidak mengetahui, di dalam mulut ada ratusan juta bakteria malah ada laporan berkata dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria. Memanglah bukan semua bakteria dalam mulut membahayakan kerana sebahagian besarnya diperlukan untuk proses semulajadi normal. Antara bakteria yang negatif ialah P.Gingivalis, B.Intermedius dan A.Actinomycetemcommitans yang dominan menyebabkan radang gusi dan radang sekitar hujung akar gigi hingga menjadi bengkak dan bernanah.
Sebab itu penjagaan gig amat penting bukan saja untuk kesihatan yang baik tetapi juga memberi keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunikasi dengan orang lain. Penjagaan gigi dan gusi perlu bermula sebaik saja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa.
Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Oleh itu adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.
Panduan Penjagaan Mulut Baru lahir hingga 24 bulan
1. Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.
3. Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak andamencapai umur 1 tahun.
4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain
Umur 2-6 tahun
1. Ibubapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahagian gigi yang rapat.
3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
Umur 6-12 tahun
1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dengan pengawasan ibubapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.
Kanak-kanak dari semua peringkat umur
1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
2. Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan saraan pagi dan sebelum tidur.

7 patah-patah kata:
jom2 jaga gigi bebetul ;)
ohooo...info yg berguna ni....
thanks :)
+1 hb utk kamu
klu gg cantik...kompom senyum pon cantik.huhu
yeay! bagus ni.. jom jaga gigi sama2..ekeke
teringat zaman sekolah selalu kne panggil cek gigi.. ish ish
cje nak share..lbih baek berus gigi tu..xyh boh air..kan sllu bg basah ket so dye jd buih2..kalu wat cmtu..ubat gg jd kurang efektif.. :)
Info yg bagus ni
Catat Ulasan