Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
14 Mac 2011

Anu Dalam Botol


Assalammualaikum.. tak lama lagi filem Anu Dalam Botol karya Raja Azmi dan pengarahnya Khir Rahman akan ditayangkan di pawagam. Filem Anu Dalam Botol mengisahkan percintaan lelaki gay, bisex dan penukaran jantina. Cerita ini diilhamkan berdasar kisah sebenar seorang pemuda yang masih hidup. 'Anunya' masih tersimpan dalam botol di rumahnya. Matlamat filem ini supaya dijadikan pengajaran kepada masyarakat terutama kesan buruk apabila manusia sanggup menukar jantina demi mengejar cinta yang mustahil.

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup mengubah identitinyakepada Ruby dengan membuat pembedahan menukar jantina. Bukan calang-calang pengorbanan dilakukan Ruby namun perhitungan Ruby salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya.

Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin menjadi lelaki semula. Malah Ruby jatuh cinta dengan seorang gadis baik budi. Namun Rudy sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana alat sulutnya tiada lagi dan hidup bertuhankan nafsu.

*info dari harian metro*

Satu masa dulu aku pernah baca kat dalam buku Mastika berkenaan pasal lelaki membuat pembedahan menukar jantina. Rata-rata yang menukar jantina semuanya kerana sayangkan pasangannya yang sama jenis. Ada satu kisah dalam buku tu dia buang 'anunya' ke dalam longkang. Apalah... kot ye pun tanamlah kerana itupun salah satu dari anggota badan. Hisshh.. apalah nak jadi. Seperti kisah benar ni dalam filem ni, Allah datangkan naluri lelaki ketika dirinya hanyut tapi masa tu dah terlambat.


5 patah-patah kata:

pak long berkata...

salam...
dari pilem hantu kini nak berubah pulak pada anu...dasat tu..

♥yaya budak suka embun♥ berkata...

ngeri plak tajuknye

Firdaus Kasim berkata...

x suka la filem mcm nie.. kotor je bila tengok

perondajaketbiru74 berkata...

perlukan ada filem mcm ni? mcm nak dpt publisiti murahan jer

Hanna berkata...

Dah tengok movie nie. Terus terang pada pendapat saya ianya adalah satu film yang memberi keinsafan dan peringatan kepada penontonnya. Jalan ceritanya 'smooth', mudah di fahami dan padat dengan mesej supaya kita tidak boleh membelakangi perintah Allah SWT.

Pada @Firdaus Kasim & @perondajaketbiru74, lihat mesej dalam sesuatu cerita bukannya nak komen sebegitu rupa. Adakah rakyat kita dah terbiasa dengan menonton cerita murahan yang bebaur cinta, samseng jalanan dan lawak bodoh yang langsung tidak membawa mesej apa-apa? Patutlah ramai Melayu (tak semua)selalu ketinggalan dalam kemajuan dan senang terikut-ikut perkara yang tak baik sebab akal fikiran dan kefahaman 'masih dalam botol'. Syabas kepada Khir Rahman kerana berani membawakan cerita berani begini kepada masyarakat kita.