Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
18 Mac 2011

Hantu Durian Part 3

gambar kredit dari google

Assalammualaikum... entri ni adalah yang ketiga aku nak bercerita pasal hantu durian. Kalau korang nak baca entri hantu durian yang pertama dan kedua korang gilah klik di SINI dan di SINUN. Ceritanya bermula pada rabu rabu lepas sebelum balik kitorang kat opis ni ada la makan durian ramai-ramai dan aku dapatlah bawa balik durian beberapa ulas. Sampai rumah je, si hantu durian a.k.a Balqis terus makan durian yang aku bawa balik tu. Aku rasa dia makan paling banyak.

Semalamnya pula, en suami ambil aku di tempat kerja. Dalam kereta Balqis dah bagitau nak makan goreng pisang dan durian. Aku buat tak tau je. Pastu aku singgah makan. Aku teringin nak makan lamb chop. Dalam kedai makan tu pun Balqis cakap lagi, kali ni aku cakap ngan dia esok-esok kita cari durian. Aku ingatkan dah habis cerita durian ni. Kat rumah tengah aku layan Mantera Anjasmoro dia masih lagi cerita pasal durian. Aku memang dah malas nak keluar. Buat tak tau lagi.

Lebih kurang pukul 10.15 mlm, Balqis bergaduh dengan abangnya. Pastu aku dengar tangisan Balqis lain sangat bunyinya, aku pergi kat dia tanya nak makan durian ke, dia mengangguk. Lepas habis Mantera tu aku terus ajak en suami pegi cari durian. Kat taman aku memanglah takde jual, last-last cari kat tepi jalan yang menghala ke arah rumah ibu mertuaku. Nasib baiklah ada jual cuma buahnya tak banyak. Aku beli 3 biji dengan harga RM6 sekilo. Barulah hati Balqis puas dapat makan durian malam tu dan dia tidur lena hingga ke pagi.

Kadang-kadang bila terjadi situasi berkenaan makan, bila anak-anak aku teringin nak makan sesuatu, aku usahakan juga mencari. Kalau tak jumpa ke atau dah habis ke aku akan cakap elok-elok. Tak sampai hati kerana bila aku fikirkan balik situasi begini pernah terjadi kat aku masa kecil dulu. Bila kitorang adik beradik nak makan apa-apa, abah dan arwah mak aku tetap akan penuhi permintaan kitorang. Cakaplah nak makan apapun.. semuanya terhidang depan mata. Kalau sekarang ni pun aku balik kampung, bila aku teringin nak makan sesuatu jenis masakan dari air tangan abah aku, abah pasti akan sediakan.


18 patah-patah kata:

♥sophie♥ berkata...

wah,,best best :) hehe

deqlis berkata...

betui tue...mmg kita kecik2x dulu macam tu, so bila kita pulak jadi mak pak, kita tak sampai ati nak biarkan anak tak dpt sesuatu...

sama gak klu time raya...mesti kasik duit ray akat budak hatta tak kenai sekali pun..sebb kecik2x dl deqlis suka sgt dapat duit raya..:-)

kira happy kan org lain..kita pun rasa happy:)

Cik Moon berkata...

erkk...tgk entry ni..tetiba nak durian gak..

Manja (let it be my sweet name) berkata...

teringin nk mkn durian

Rama2Ungu berkata...

ooppss..taouching sikit dihujung entry tu..hehehe

sy bila bercerita pasal durian lagi bnyk pengalaman pahit dr manis. huhuhu...kalau tiba musimnya, sy cuma makan paling max sebiji. tu je la dari mula sampai abis musim..takkan ada dua tiga lagi..hehehe

ardinihumaira berkata...

nyum3.. terliur nya nak makan duyan :)

Puanbee berkata...

sekarang musim durian ke kak ? nak jugak lah cr durian huhu

nuruljannah sukhri berkata...

saya pun teringin nk makan durian ni..tp hubby x bg makan, sbb panas katanya..teruk kan.
mlm td g pasar malam , nmpk durian..hubby ckp.. "tak boleh"

alkisah69 berkata...

teringin pulak time2 gini makan durian

Cerita Hantu Di Asrama "

Cacing 3kg Dalam Perut Kanak-Kanak "

ardinihumaira berkata...

Congrats kak!
akak menang teka-teki & menang hairband ;)

Nor Suhaiza berkata...

dpt makan ice cream durian jew..
:(

Jieda berkata...

♥sophie♥ ~ suka juga ye


deqlis ~ tu la..semalam tak sampai hati nak biarkan Balqis terus menangis.Cari juga.

Jieda berkata...

Cik Moon ~ nampaknya kena gi cari


Manja ~ kena cari jugalah ni

Jieda berkata...

Rama2Ungu ~ he3..masa buat entry ni tiba-tiba teringat perkara yang dulu


ardinihumaira ~ hmmm...memang sedap dini.tak puas makan malam tadi

Jieda berkata...

Puanbee ~ rasanya dah mula musimnya tapi kalo beli skang harganya mahal lagi


nuruljannah sukhri ~ orang kata kalau panas,lepas makan durian minum air dari pangsanya,hilanglah panas tu

Jieda berkata...

alkisah69 ~ balik ni kena gi terus cari,jangan tangguh-tangguh,nanti teringat


ardinihumaira ~ thanks dini informkan


Nor Suhaiza ~ aiskrim durian pun sedap juga

cikpuanhady berkata...

peberet saya juga ni..

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jieda berkata...

cikpuanhady ~ sama la tapi takleh makan banyak