Balik semalam teringin pulak nak makan spaghetti untuk hidangan makan malam. Aku singgah tesco beli daging cincang, tomato 3 biji dan sos segera. Aku tak beli tomato puree sebab aku nak test rasa sos segera tu. Bila tiba time nak masak, aku cuma letak tomato yang dipotong dadu, daging cincang, serbuk lada hitam sikit dan sos segera tu. Kacau-kacau sampai daging tu masak dan siap dihidang. Semasa nak hidang tabur la cheese sedikit. Aku tersalah letak cheese, sepatutnya letak cheese parmesan tapi aku terbeli mozarella. Korang bayangkan la apa yang jadi kat spaghetti aku hehehe...
4 patah-patah kata:
kalau kau letak sosej berkeju tu pun terasa kejunya jieda... aku selalu letak sosej berkeju tu je...
aku makan tu,dah rasa cam makan pizza la pulak hehehe
Tak kesahlah letak keju apa pun...asalkan...yummy! Lapar nyeeeeeeeeeee!
sedapnya
Catat Ulasan