Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

08 Julai 2009

Poco-Poco

Malam tadi aku join group kat kawasan rumah aku berlatih tarian poco-poco. Sebenarnya dah lama tarian poco-poco kat kawasan rumah aku diadakan cuma malam tadi barulah aku berkesempatan nak join. Mula-mula tu malu gak. Ye laa...aku ni bukannya tau langsung step-step tarian tu tapi bila aku dah buat sendiri rupa-rupanya best. Kalau tengok orang yang dah mahir buat tu, cantik lenggang lenggoknya.

Kalau korang nak belajar senang je pergerakannya.
  1. Bergerak ke kanan dua langkah..
  2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
  3. Bergerak ke belakang dua langkah
  4. Bergerak ke hadapan dua langkah
  5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan.. jangan lupa sambil buat tu kena la goyangkan badan sama. Alaa...macam korang nak menari hehehehe

Tarian ni lebih kurang macam senaman gak la sebab kita melakukan pergerakan.

2 patah-patah kata:

azieazah berkata...

Mokyang pun minat gak dance rentak mudah mcm Pocopoco ni, sbb ia dah jadi macam exercise..

Sempat gak ler belajar sekali dua, cuma takdak geng nak menari lama-lama...
tapi bila dah pandai, best kan JIEDA?

Jieda berkata...

jieda @ mokyang

betul la kak.mula-mula tu rasa cam tak best tapi bila dah tau step,kaki ni tak reti nak diam hahaha