Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
02 Februari 2010

Selamat Hari Jadi

02.02 adalah merupakan tarikh lahir pada seseorang yang pernah menjadi sahabat aku satu masa dulu. Nurhazira binti Ismail... Selamat harijadi aku ucapkan, semoga kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa gembira di samping orang-orang yang tersayang.

Nurhazira ni merupakan sahabat aku sejak dari kitorang berumur 6 tahun. Maklum la.. tinggal di tempat yang sama, bersekolah dan bekerja pun di tempat yang sama. Masa mula-mula dia ambil kursus jururawat, kitorang masih lagi berhubung sehingga la dia dapat kerja sebagai seorang jururawat desa tiba-tiba je dia terus menjauhkan diri dari aku. Kebetulan pula keluarga dia dah tak tinggal di kawasan perumahan yang pernah kitorang tinggal. Aku pun tak tau atas sebab apa dia menjauhkan diri dari aku. Sampaikan dia kahwin pun aku tak dijemput. Sedih sangat... aku rasa masuk tahun ni dah 5 tahun aku tak mendengar khabar dari dia. Bila tanya kawan-kawan yang lain pun tak tau ke mana dia menghilang. Aku dapat tau dia masih lagi ada di area Johor tapi aku malas nak cari. Orang dah tak sudi nak kawan dengan aku huhuhu...

notajariruncing: nape la tibtiba aku teringat kat dia

6 patah-patah kata:

Watierman, rmanbkr berkata...

Salam Jieda..mungkin dia pun ingat Jieda gak ni...Selamat Hari Lahir Buat sahabat kamu...!

Jijahh @ f.k berkata...

pasti dia pun teringat kat jieda gak ... takpe la .. orang tak ingat kat kita ... asalkan kita tau menghargai makna persahabatan ...

kekadang tak berhubung bukan bermakna kita lupa .. cuma keadaan mungkin sudah berbeza ... ape pun harapnya Jieda happy selalu ..

PUTERA2PUTERI berkata...

salam jieda....
hepi besday gak wat member jieda tu....
org tua2 kata ...klu tetiba kita teringat kt seseorang..maka pada waktu yg sama dia pun teringat kt kita....insyallah lambat laun jumpa gak kan...ieta doakan semoga hubungan dulu akan kembali bersinar lg.....amin...

mamalieyna berkata...

Hepi besday to kwn jieda tu..cantik tarikh tue.. 02022010! ^_^

dina berkata...

aku pun ada kwn nama norhazirah duk melaka, tapi kat masjid tanah... adekah orang yang sama? dia sebaya kau... orangnya hitam manis... mulut becok

azieazah berkata...

Mungkin dia ada alasan tersendiri... Andai ada jodoh pasti bertemu, leh tanya dari hati ke hati...

Mana tahu... pertemuan semula nanti pasti lebih manis...