Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
28 Januari 2010

Dinner Malam Tadi

Dua hari lepas, jiran aku bagi 2 peket cendawan tiram. 1 paket lebih kurang 500gm. Mula-mulanya aku berangan nak buat nasi goreng cendawan. Siap print resepi lagi maklum la aku ni tak selalu ke dapur bila hari biasa.

Masuk dapur hiris bawang besar, tumbuk ciliapi ngan bawang putih, panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan ciliapi. Pastu bila tumisan dah garing masukkan pula sos tiram dan sedikit air. Kacau-kacau masukkan pula udang dan kacau lagi. Pastu masukkan pula cendawan tiram yang telah dibersihkan. Biarkan masak last sekali masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Bila kuah tu dah nampak berkilat dan pekat, tutup api. Siap sedia dihidang.

Jenggg..jenggg... inilah hasilnya. Walaupun baru pertama kali mencuba tapi rasanya sedap hehehe.


Kuahnya terlebih la


Ini pulak pinggan aku. Yang sejemput kaler pink tu
namanya cencaluk. My feberet. Wajib ada.



Malam tadi aku tak boleh tidur sedangkan en suami dengan anak-anak lena betul diulit mimpi. Sambil tu pulak mulut ni nak mengunyah je. Buka peti ais nampak pulak buah campur ni. Apalagi... letak ais batu berketul-ketul makan sambil tengok cerita DYESEBEL.






16 patah-patah kata:

Tanpa Nama berkata...

kan best sambil makan dgn suami tersayang mesra gitu

Jieda berkata...

Anonymous..ye..memang betul

Tanpa Nama berkata...

zzz tu ape

░♥si lampu neon♥░ berkata...

yang last tu cam sedap

dina berkata...

jieda, buah2an koktail tu aku suka letak susu cair, sedap sungguh!

maiyah berkata...

buat org naik lapar balik.. baru je mkn nih huhuuu

Watierman, rmanbkr berkata...

Hrm....sepeket lagi wat apa??? Dah lama tak makan cendawan....sedap jugakkan...goreng celup tepung pun sodap!

azieazah berkata...

Amboii perangai lebih kurang MokYang jer.. time orang dah tido, masa tu layan tv sensorang sambil godek petiais.. (tapi awas, bleh kembang weyyy) :D

cendawan tu baca jer dah terliorrrrr.... grrrrr

Mrs NarchotiQue berkata...

mlm2 mkn sjuk t peot muncet kak
hehe...

Jieda berkata...

Anonymous.. zzz apa???

si lampu neon.. memang sedap hehehe

dina.. kat rumah takde stok susu cair.kalau tak aku letak jugak

kak maiyah.. takpe..gi makan lagi hehehe

Jieda berkata...

kak watie.. lagi sepeket simpan dulu.hari minggu ni baru nak masak lagi.saya tak reti la kak nak goreng cendawan.mesti tak jadi huhuhu

Jieda berkata...

kak azieazah.. dah kembang pun huhuhu...kak,kesat air liur tu,dah meleleh hehehe

Mrs Narchotique.. terima kasih atas peringatan tu hehehe

|| NaFiRaa || berkata...

sedapnye cendawan tuh!!! tu panggil sup cendawan ke???

anyss berkata...

Yummy....memang suka cendawan. Masak gitu memang sedap...ala2 chinese food tapi saya akan tambah cili api skit...bagi kaw. weekend ni pintu umah akan selalu kena ketuklah ye...bwk mangkuk pi mintak skit hu hu hu

Jieda berkata...

Nafira.. kalau sup lain kot.sepatutnya kuahnya mesti dikurangkan sedikit tapi terlebih letak air tu yang nampak macam sup hehehe

mamalieyna berkata...

sedapnye sendawan tuuu ^_^!