Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
05 Januari 2010

Bermulanya persekolahan

Semalam adalah first day persekolahan untuk semua pelajar. Maka, berbaliklah kepada rutin asal setelah sebulan lebih bercuti. Bagi yang anaknya first time masuk sekolah memang excited. Maklumlah pengalaman pertama. Begitu juga dengan aku dulu. Masa Irfan mula-mula nak pergi sekolah, aku ni yang tak boleh tido malam. Macam aku pulak yang nak bersekolah hehehe... tapi sekarang ni dah tak heran.

Aku ingatkan pada tahun ni aku taknak la uruskan persekolahan dia maklum la Irfan dah darjah tiga, masih naik transport yang sama. Pada amatan aku dia dah boleh berdikari tetapi lastnya aku terpaksa gak pergi sekolah sebab nak tukar jadual masa sekolah agamanya. Bayangkan la..sekolah agama masuk pukul 10.30pg balik 12 tengahari. Masuk sekolah rendah pula start pukul 1.15ptg. Isshhhh...tak sempat. Mana nak tukar baju lagi.. nak makan tengahari lagi pastu masa sekolah agama tu kena bawak jugak beg sekolah rendah yang berat. Kesiannnn Irfan. Setelah settlekan semua Alhamdulillah... akhirnya dapat gak masuk pukul 9.00pg. Okay la tu...

Pagi ni pula aku hantar Irfan ke sekolah agama. Aku tak naikkan transport alasannya bolehlah aku berjimat sikit. Lagipun sekolah agama tu memang laluan aku nak pergi ke tempat kerja tetapi aku pula yang datang lambat ke opis huhuhu... nasib la bos aku masih cuti lagi.

4 patah-patah kata:

Watierman berkata...

Cam tu lah asam garam kehidupan dengan anak2 sekolah...akak ni ada 1 kat Kolej, 1 kat Sek. Menengah...1 satu kat sekolah rendah....penat cam lain pulak!!!

mamalieyna berkata...

hehe..dh ada anak sekolah, mcm2 nk kena fikir eh, transport lah, jaduallah..saya lmbt lagi nk tempuh pengalaman tu..huhu..

Jieda berkata...

kak watie..betul tu..tahun depan Balqis pulak sekolah.Lagi la terkejar sana terkejar sini

Jieda berkata...

mamalieyna..pejam celik..pejam celik arif pun masuk sekolah.tak lama tu.