Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
12 Januari 2010

Makaroni Goreng

Malam minggu yang lepas tak tau nak makan apa. Nak makan kat luar rasa cam boring pulak. Last-last aku buat makaroni goreng. Lagipun ini percubaan pertama aku. Kirakan berjaya gak la aku buat walaupun ada bahan-bahan yang aku tak letak hehehe huhuhu.....

Kat sini aku letakkan resepinya untuk rujukan diri sendiri dan juga bagi sesiapa yang nak mencuba.



MACARONI GORENG

Bahan-bahannya

1 paket (500 gram) macaroni
12 ekor udang, dibersihkan
150 gram daging cincang
4 biji telur, digoreng pecah-pecah
1 ikat sawi, dipotong selebar 2 inci
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
¼ cawan bawang goreng
garam secukupnya
serbuk perasa, jika suka
gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

15 tangkai cili kering, direndam dengan air panas
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

Cara membuatnya
1. Panaskan secukup air didalam periuk dan letakkan 1 sudu besar minyak masakan. Bila air telah mendidih masukkan macaroni dan rebus sehingga ia masak. Bila telah masak angkat dan toskan. Minyak masakan digunakan supaya bila macaroni ditoskan ia tidak melekat antara satu sama lain.

2. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga ia naik bau. Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

3. Masukkan daging cincang dan bila daging telah bertukar warna. Masukkan pula udang. Masak sehingga udang bertukar warna.

4. Masukkan sawi dan telur yang telah disediakan tadi. Gaul rata.

5. Masukkan pula macaroni yang telah direbus. Gaul sehingga rempah dan macaroni rata.

6. Taburkan bawang goreng dan gaul sehingga ia sebati. Sedia untuk dihidang.

14 patah-patah kata:

maiyah berkata...

dah lama x jamah makaroni

Jieda berkata...

kak maiyah..takpe..bila-bila akak boleh makan

Rinna berkata...

Hmm..sedapnya macaroni gorengg.. :)

dina berkata...

wow! sedapnya... bau sampai sini...hehehee... bilala aku nak merasa masakan ko ni?

Thirah B.D. berkata...

amboi gambar memang tangkap leleh abis.. ;)

nanti nak try lah. kena bli makaroni esok..hehe... (kehabisan idea untuk masak)

alia berkata...

nampak menyelerakan...i nak gi beli break1st la...lapar

Watierman berkata...

Hrmmmm Makaroni...nanti nak beli lah...pasta2 semua Akak suka....sedapkan!!!

azieazah berkata...

Wahhh sedap-sedappp.. Kalu pedas mesti best kan? Selama ni MokYang buat yang rebus dan berkuah. Pasni nak try yg goreng pulak lak...

mamalieyna berkata...

tak pnh masak makaroni laeii..hehe..so pasni kalo rsa nak makn makaroni, leh ler singgah ambk resepi kt sini ^_^...

thanks for sharing!

donadzku berkata...

hmm...yummy...my favorite food

Sifu Mirza berkata...

menarik jieda...

kalau makaroni ni, saya lebih suka ianya di'sup' kan...

kalau goreng saya suka yang rupa macam 'drill' tu.. berpintal..

:-)

ManjaIxora berkata...

hmm.. sedapnyer.. nak try lah.. pinjam resepi ek.. hehehehe

balqisuzma berkata...

sedapnyer makaroni goreng akaknih..saya pon pernah masak makaroni mase duk umh sewa dulu...kwn2 puji..ehek kembang jugak r...habis sekuali depa mkn, depa kate sedap sebab pedas....xcukup kate depa...ehe lps ni boleh buat lg la nmpknyer.....

Nashays berkata...

dap nyer...nanti nak terai laaa nanti...nyum nyummmmm