Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

30 Ogos 2010

Khasiat Kiwi


Salam.. ada tak sesiapa yang suka makan buah kiwi. Jadinya di sini aku nak berkongsi info khasiat buah kiwi ni.

Sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren. Lebih menarik, seniji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria. Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirn. Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.

Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar. Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak. Kajian juga mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu membaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang. Bagaimanapun untuk warga emas yang mempunyai penghadaman yang lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah sebelum tidur.

Oleh itu, marilah kita mulakan makan buah kiwi untuk mendapatkan khasiatnya.

7 patah-patah kata:

Mrs. Q! berkata...

boh atas kek pon sodap kn kak
berseri2 je nmpknye
sbb warna hijau pd kiwi menarek sgt :D

.::WaNiE::. berkata...

suke air kiwi

Nia berkata...

salam, bila tengok2 khasiat2 buah kiwi macam ni, rasa rugi pulak sebab saya memang tak reti nak makan buah kiwi..huhu

Entri Terkini: Amaran Untuk Blogger

Jieda berkata...

Kie-yu ~ betul tu..warna hijau kiei memang cantik

Jieda berkata...

Wanie ~ air kiwi masam la he3

Jieda berkata...

Nia ~ saya ni dulu pun tak suka juga tapi bila dah rasa sedap juga

Suara Kalbu berkata...

Good info kak

Saya suka sangat buah kiwi dan air kiwi fresh...