Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

17 Ogos 2009

Citer Pasal Courts Mammoth

Semalam...lepas makan tengahari, aku ajak la husband aku gi courts. Saje nak menjamu mata tengok perabot-perabot baru. Aku pun gi kat tempat sofa. Ada satu sofa tu aku berkenan sangat.Cadang di hati cam nak beli. Tengah belek-belek datang pulak si jurujual. Dengan selamba aku menanya sambil laki aku menjeling (tak bagi aku nak beli la tu)

aku: ''dik, sofa ni berapa kalau ikat 48 bulan''.
Si jurujual itu pun mengira dengan khusyuknya.
jurujual: ''RM127.30 sebulan je kak''
aku: ''ummm...pinjam kalkulator sat''

Aku pun kira kalau sebulan bayar RM123.70 X 48 bulan = RM5,937.60. Sedangkan harga sofa tu RM2,599. Amboiii....maknanya interest je RM3,338.60. Melebihi harga sofa la pulak. Hmmm...memang cekik darah betul la courts ni.

aku: takpe la dik, akak tengok-tengok dulu ye.
jurujual: takpe...akak tengok la dulu.

Lepas puas menjamu mata aku pun keluar dari courts dan aku tuju ke Tesco pula.

2 patah-patah kata:

dina berkata...

siyes wei, courts memang mahal gile... pegi jek kedai perabot masa kau ada duit, beli cash, buleh minta kurang... tak pun ku buat credit dgn aeon, interest tak setinggi courts yang cekik darah tu...

Jieda berkata...

dina ---> memang le.kalau beli barang elektrik lagi gila.Dorang boleh claim harga warranty kat kita.