Salam.. kali ni nak share info pasal anak-anak. Ini berkenaan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Masa Irfan baru dapat adik, aku selalu habiskan masa dengan adik barunya sampaikan dia pernah cakap ''Mama ni dah tak sayangkan Irfan lagi ke, asyik dengan adik je''. Oppss.. rupa-rupanya dia terasa. Lepas tu barulah aku sedar kesilapan aku dan aku cuba untuk bersikap adil. Dan skang ni dah okay, kalau dua-dua buat salah, dua-dua kena marah, so, salah seorang takkan terasa.
Pernahkah anda perhatikan sifat anak pertama yang berubah selepas kelahiran anak kedua? Kebiasaan sifat anak pertama itu akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Kadangkala perkara yang sedikit saja boleh menyebabkan dia menangis. Justeru, bagaimana mendidik anak sulung untuk menerima kehadiran orang baru iaitu adik dalam hidupnya? Berikut antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa:
1. Menukar sifat cemburu kepada sayang
Biasanya anak sulung akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab atau mencubit apabila ibu 'lepa' daripada pandangan ibu atau bapa. Anda boleh mencuba kaedah ini iaitu dengan memegang tangan anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan lembut bahagian kaki dan tangan sekerap mungkin. Cerita pada si abang atau kakak bagaimana suatu ketika dulu, si abang pun diperlakukan dengan perbuatan yang sama. Sambil menyusukan si kecil, ibu perlu memperbanyakkan mengusap kepala dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi.
2. Panggilan membentuk sifat
Ajar si abang atau kakak supaya memanggil adiknya dengan panggilan 'adik' atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama saja. Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang atau kakak terhadap adiknya.
3. Pimpin tangan adik
Ketika anak sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang atau kakak untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan dekatkan kepada tangan adik ketika berjalan. Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang atau kakak pada adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal dari kebiasaan. Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.
4. Perkongsian
Kebiasaan ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya, jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua iaitu seorang satu. Jika beli air kotak, juga dibelikan dua kotak. Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi. Kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan adik.
5. Bersikap adil
Jangan pukul abang atau kakak jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik. Peluk sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlulah mengalah. Anak sulung juga perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah adakalanya perlu memikul kesilapan adik. Adakah ini wajar? Keadaan ini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya ia akan menjejaskan misi ibu bapa untuk menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.
*sumber harian metro*

12 patah-patah kata:
tips parenting yg sgt besh!
ni berdasarkan pengalaman akak eh?
suka2~~leh share x nie??
LANCER GADOH NGAN INSPIRA
So far so good...they love each other....biasanya Akak & Hubby explain...that we love all of them dearly....in our own way....to be fare...maybe kadang2 ter"bias" sikit sana sini....but we also explain..as human susah nak adil sebab masing2 punya feel yang berbeza...so far so good!
Kie-yu ~ haah kieyu.memang masa baru-baru irfan dapat adik,tumpuan akak memang lebih kat adiknya sampaikan dia terasa.Semalam,bila baca info ni kat suratkhabar,akak rasa info yang berguna untuk akak share ngan kawan2.
Nasir Bravo ~ boleh..memang untuk disharekan pun
Kak Watie ~ Alhamdulillah..sekarang ni pun saya masih lagi bersikap adil terhadap anak-anak he3
hehe..pttla ramai jgk bdk2 kalo tanye, na adik ta--diowg geleng2..hehe~
Kumaera ~ samalah ngan anak akak,bila tanya nak adik tak,jawapannya 'tak nak'.
huhuhu.. kak jieda, sy blm dpt no. 2, belum rezeki gamaknyer.. tp klu ada rezeki nnt, Insya Allah akan saya jaga sama adil.. thanks for the info ek.. hohoho
ManjaIxora ~ sama-sama.semoga info ni boleh dijadikan panduan.
Betul tu. Ada orang tanpa sedar terbeza perhatian. Bukan tak kasih, malah sayang itu tidak langsung terjejas, cuma perhatian sudah berbagi-bagi, dan selalu tak seimbang...
Azieazah ~ betul kak,pernah juga terbabas.melebihkan si adik daripada si abang,begitulah sebaliknya.
Catat Ulasan