Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

18 November 2010

Menu sempena Aidiladha


Salam Aidiladha kepada semua. Apa menu korang sempena pagi aidiladha semalam? Aku buat soto je. Sebenarnya inilah kali pertama aku buat soto dan alhamdulillah soto aku menjadi dan yang paling best soto yang dibuat oleh aku ni mendapat pujian dari kedua-dua orang anak aku. Bangga jap. Tahun ni juga merupakan kali pertama aku beraya hanya duduk di rumah dengan suami dan anak-anak. Selalunya kalau tak beraya di rumah mertua, aku akan beraya ke rumah abah. Lagipun jiran sebelah menyebelah semuanya tak balik kampung.

Ingat lagi masa aku duduk di rumah lama,masa tu tinggal ngan family aku, bila tiba Aidiladha je, mesti ada acara tukar juadah dengan jiran-jiran. Masa tu memang best. Bayangkan, hantar juadah ke 10 buah rumah, pastu dapat 10 juadah yang berlainan. Memang banyak pilihan la nak makan. Itulah salah satu cara yang boleh mengeratkan silatrrahim sesama jiran tetangga. Tapi tu dulu, sekarang ni duduk di taman takde lagi acara begitu. Hanya makan sesama ahli keluarga je.

2 patah-patah kata:

ManjaIxora berkata...

uiks.. sedapnyer soto.. nak sikitt.. hohoho

ardinihumaira berkata...

nak sikit :D