Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
20 Oktober 2009

Cara nak nampak perabot lama seperti baru

Aku nak kongsi ngan korang petua nak nampak perabot kayu korang macam baru dibeli walaupun perabot tu dah lama. Caranya camni, korang beli minyak kelapa (aku beli kat kedai india) opppsss...bukan minyak tanah atau minyak masak ye dan sediakan kain yang bersih. Pastu curahkan minyak kelapa tu kat kain bersih. Jangan pulak korang tuang satu botol pulak. Nanti cepat habis. Agak-agak je la. Haa...apalagi, gosok la kain tu kat perabot kayu korang. Confirm akan nampak perubahan. Begitu la yang aku lakukan setiap tahun sampaikan raya tahun ni kawan aku tanya ''ko beli kabinet baru ke?''. Senang je kan. Lain kali korang cuba la. Petua ni pun sebenarnya aku dapat dari majalah.

6 patah-patah kata:

mamalieyna berkata...

Bagusnye petua..so takyah la sibuk2 nk tukar perabot baru..beli jer minyak kelapa yek! gosok pasti berkilat ee, leh try nnti ni.. :)

Jieda berkata...

jieda ~ mamalieyna

hehehe...mula-mula was-was gak nak cuba.takut perabot rosak tapi dah berkali-kali guna alhamdulillah perabot kayu tu masih elok lagi.

Watierman berkata...

La...bila nak dapat perabut baru...sebab dok nampak baru.....selamanya...hahaa.akak gurau jer la...tq for sharing the info!

Syuhada Kamal berkata...

tq for the info..bleh try nanti..:)

anyss berkata...

Mmmmmm umah kite dok lantai je...penuh tradisi dan adat istiadat hu hu hu

Jieda berkata...

kak watie..sekarang ni kena jimat cermat huhuhu

syuhada..try jangan tak try

anyss..fullamak,memang penuh tradisi la nyss hehehe