Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
16 Oktober 2009

Anak kawan aku

Sabtu lepas aku pergi ke rumah kawan lama dan juga rumah anak saudara suami aku. First, aku pegi rumah kawan aku sebab berdekatan ngan rumah. Kawan aku tu pulak ada anak kecil yang berumur setahun dua bulan. Comel sangat. Aku dukung la budak kecil tu sebab budak tu nampaknya berminat dengan aku. Kesian Balqis, masa aku dukung tu dia terus pergi kat luar. Merajuk la tu. Puas aku pujuk. Hishh..macammana kalau Balqis ada adik hehehe. Okay...sambung citer. Masa aku dudukkan budak kecil tu aku terperasan dada dia yang agak berlainan seperti orang normal. Dadanya nampak berbonggol dan pernafasannya seperti orang semput. Kalau tak aku memang tak perasan keadaan dia camtu sebab masa tu dia tak pakai baju. Budak tu tak nampak pun macam orang sakit, aku pun tanya la kat kawan aku tu ''kak, anak akak ni ada semput ke''. Aku rasa kawan aku tu tau apa yang aku nampak dan terus dia cakap ''dia ada masalah jantung dan takde limpa''. Terkejut dan bercampur dengan perasaan kesian kat budak kecil tu.

Sebenarnya budak kecil tu bukanlah anak kandung kawan aku tu tetapi anak angkat yang di ambil dari keluarga cina. Apa yang diberitahu kat aku mak kandung budak kecil tu taknakkan anak dia sebab dia nakkan anak lelaki tetapi yang lahir adalah perempuan. Kebetulan kawan aku ni memang takde anak terus dia ambil budak tu lepas 2 hari dilahirkan. Kesian kat budak tu.... apa la salah dia sampaikan mak kandung tak terima kelahirannya ke dunia.

P/S: aku terlupa la nak snap gambar budak kecil tu huhuhu

2 patah-patah kata:

dina berkata...

isk, sedih lak aku baca, mcm kes mak sedara aku amek anak angkat 23thn lepas, mak budak tu taknak dia sebab ada penyakit... tapi bila dah besar ni, dah ada kerja, ada kereta, tergedik2 lak mak dia suruh anaknya tu dtg rumah, layan macam putera. dulu masa budak tu baru lahir, belum keluar hospital lagi, dia dah suruh mak sedara aku ambik. tapi tula, sepupu aku tu, still duk dgn mak sedara aku... dia tak berapa nak pegi rumah mak dia...

Jieda berkata...

jieda ~ dina

bila aku tau camtu,lagi sedih.kawan aku try gak cari mak kandung budak tu tapi tak jumpa.