Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

04 Disember 2009

Aku Tertipu.....

Dua minggu lepas semasa nak pergi melawat anak sedara yang eksiden, kitorang gi stesen minyak Petronas. Semasa minyak sedang diisi, kitorang didatangi seorang budak perempuan umurnya lebih kurang 15 tahun. Dia tunjukkan CD lagu. Alasannya mintak derma. Ye la..dia pun dah bagitau dia dari sekolah anak yatim nak mintak derma untuk pembiayaan sekolahnya. Dia tunjuk sekali surat yang berkaitan tapi kitorang tak tengok surat tu. Atas dasar percaya. Anak yatim kan..dengan seikhlas hati derma la RM10 pastu dapat CD tu secara percuma. Kirakan membeli sambil beramal.

Balik rumah pun tak kisah sangat pasal CD tu. Pernah pasang sekali tapi lagu macam tak sedap didengar je. Pastu lagi..terus tak kisah. Sehingga la balik kerja semalam en suami bagitau rupa-rupanya CD yang kitorang dapat tu dikeluarkan oleh satu KUMPULAN AJARAN SESAT. Mula-mula tak percaya jugak tapi bila baca artikel kat suratkhabar memang sah CD yang sama kitorang dapat. MasyaAllah....menyesalnya rasa dihati. Menyesal sebab aku telah menyumbang kepada kewangan dorang. Terus CD tu kitorang buang.

Ini antara artikel dalam HARIAN METRO RABU 2 DISEMBER

UTAMA MUZIK BANDING SOLAT

Sungai Petani: Kumpulan Azhar Wahab yang diharamkan kerajaan pada tahun 2003 berikutan pegangan dan amalannya menyeleweng daripada ajaran Islam didakwa masih aktif dan berselindung di sebalik nama sebuah syarikat pengurusan ladang kelapa sawit di Amanjaya sejak tiga tahun lalu.
Kumpulan terbabit yang turut dikenali dengan nama Al Mansor dan Raja Sakti itu turut aktif dalam penerbitan album berkonsep ketuhanan dan dinyanyikan sendiri ketuanya, Azhar Wahab dan seorang wanita yang juga bekas peserta Akademi Nasyid.
Malah kumpulan terbabit dikatakan sudah meluaskan pengaruhnya ke Sabah dan merekrut 5,000 ahli baru yang kebanyakannya anak yatim.
Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang juga bekas ahli kumpulan terbabit yang mendakwa amalan ketua kumpulan itu menyeleweng ketika mereka terbabit dalam proses pembikinan album di pejabatnya, baru-baru ini.

Nampak gayanya lepas ni memang takde la aku nak bagi derma kat budak-budak yang mengaku dari rumah anak yatim. Kalau rasa nak menderma jugak, biarla ke saluran yang betul. Pada kawan-kawan pun aku nasihatkan hati-hati kalau ada budak-budak yang datang nak jual CD tapi dalam masa yang sama minta derma.

20 patah-patah kata:

siti noriza saleh berkata...

bahayakn bila mcm tu...kita niat ikhlas, tapi lain jadinyer....ntah2 budak tu pun di paksa

azieazah berkata...

Sepanjang MokYang terlibat dgn organisasi yg bantu anak yatim, kami tidak pernah ada perkara yang minta derma dari orang awam.. kalu ada tu, makna menyamar ler tu...

Ada banyak cara lagi.. Takpa la JIEDA, yg penting awak ikhlas dn niat baik. Biarlah depa sendiri tahu, yg salah tu akan dapat balasan juga..

Jieda berkata...

siti @ nurie..rasa cam tak best bila dapat tau.rasanya ni mesti ada sindiket jugak.lebih kurang sama cam orang pompuan duduk dukung anak sambil menadah tangan seperti yang kita selalu nampak kat pasar malam.

Maiyah berkata...

dah dpt pahala dah tu sbb niat yg ikhlas kita tak tau kan

pas ni takyah bg lagi atau bg seposeng je hehe

zia berkata...

sabar je la nk buat mcm mana dah terkena..tapi janji niat kita nk sedekah tu ikhlas..yg lain2 tu biar diorg yg tangung sendiri

ManjaIxora berkata...

takperlah, lepas nih, kena lebih berhati2.. ingatan untuk diri sendiri gak...

umi_e berkata...

salam... kadang2 hati tak tergamak nak menolak bila kanak-kanak 'minta bantuan'...

* Kak e beri dan niat kerana Allah SWT je lah... (kalau dah tau daripada ajaran sesat - pasti2 tak akan beri...)

Nursuzry berkata...

lor... x baik btul org yg suruh budak2 tu buat keje cam gitu. dah la tu ajaran sesat tu.

xpe la jieda, duit yg ko ikhlaskan tu ada bahagian utk ko.

mamaarifakeemaisy berkata...

waa dasyatnyer..gitu pun ada ye...lum pnh jumpa lg derma dpt CD ni, sllu tu dpt minyak bum, buku ada la..ish2..kena cek tul2 kalo nk menderma pun ye..

Sulela berkata...

Jieda, aku tak penah kene camtu lagi. Thanks sebab sudi kongsi info neh.

Anamarza berkata...

macam2 cara sekarang ni ya...

caluk@cencaluk berkata...

ade lagu black metal ke kat cd tu he he

faizal berkata...

ish korang ni jgn tuduh sgt..
nnti krana mulut bdan binasa
-FITNAH ITU LEBIH BURUK DARI MEMBUNUH-
-FIKIR2 DAN RENUNGKANLAH BALIK-

Tanpa Nama berkata...

ada ke cd rm 10??
cbe try crik kt pasaran...
ctak rompak pn dah rm6
BELI LAH BARANG YANG ORI

anyss berkata...

Aku dah banyak kali kena benda2 mcm ni. Sekarang ni aku buat x reti je dengan org2 yg dtg minta derma. Kalau rasa x ikhlas, x bagi terus.
Skrg aku ada 6 anak yatim yg masih kecil baru kematian ayah. Kalau rasa ada duit lebih, terus je bank in dlm akaun mereka. Paling tidak, aku tahu latar belakang depa dan status depa tu. Tiap kali nak tolong orang, aku tolong je depa ni...

dina berkata...

ape kes diorg buat ajaran sesat sampai libatkan anak yatim ni? ni yg buat aku marah ni... lenkali jangan beli la CD2 mengarut tak ketahuan tu jieda, kadang2 niat kita suci nak tolong tapi diorang ada lak agenda disebaliknya... ish ish

Jieda berkata...

kak azieazah..ooo..camtu ke? agaknya bila dia mempergunakan anak yatim orang akan lebih kasihan dan ramai membelinya

Jieda berkata...

kak maiyah..taknak bagi lagi dah huhuhu

mohdzony berkata...

Thanks for this info. It helps.

Belalang hijau Perisik berkata...

itu la kan...
tidak semua yang meminta derma ini berniat jahat.ada juga yg betul2 ikhlas memerlukan bantuan kita.tp d sebabkan sikap segelintir yang mengambil kesempatan atas keikhlasan kita ini,abis semua peminta derma kene tempias...

*thanks drop komen d entry belalang
http://suarabawahtanah.blogspot.com/2010/07/peminta-sedekah-wajar-atau-tidak.html