Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

01 Disember 2009

Gambar je la

Ini antara gambar-gambar yang aku snap di sekeliling rumah abah aku. Anak-anak aku memang suka sangat kalau balik kampung. Pelbagai haiwan ternakan yang dorang dapat tengok secara live.


Pagi-pagi lagi itik dah berkunjung ke rumah abah aku

Takde tempat lain lembu ni nak makan,
kat belakang rumah abah aku juga yang dorang suka datang

Pokok ulam raja ni sedang berdaun lebat

10 patah-patah kata:

Maiyah berkata...

kehijauan mmg damai kan

azieazah berkata...

Wow! best nyer balik kampung. Nampak rumput, nampak ayam itik, lembu kerbau..wahhhh seronok nyerrr...

Nursuzry berkata...

ko balik kampung, kawan baik sambut kat blakang umah abah ko eh hehehe

weh! merimbunnya pokok ulan raja tu...

Jieda berkata...

kak maiyah..kali ni balik kampung terasa ketenangannya.dapat lupakan segala masalah

Jieda berkata...

kak azieazah..tu la.bukan setakat tu je kak zie.biawak ngan ular pun ada gak huhuhu

Jieda berkata...

suzry..hehehe...puas gak aku makan ulam raja tu.kat rumah aku pun ada tanam gak tapi tak merimbun cam kat rumah abah aku la.mungkin tanah tak berapa sesuai kot

Watierman berkata...

Lembu tu bukan untuk buat korban ker???

Jieda berkata...

Kak Watie..bukan la kak.kat kampung tu ramai yang bela lembu secara terbiar.suka-suka je tuan lembu tu hantar kat belakang rumah abah

dina berkata...

aku balik kg baru ni, anak aku terpesona tengok anak2 ayam cute miut pak mertua aku... sanggup jek dia bertenggong tengok ank2 ayam dlm keranjang, pehtu tiap berapa minit nak bg ayam makan... huhuhuu... pdhal kat reban tu punya la ramai nyamuk... dia buat tak ksh jek

Jieda berkata...

dina..biasa la tu.maklum la bukan selalu dapat tengok camtu.sama la macam balqis lepas bangun pagi je mesti dia ajak ayahnya tengok itik kat dalam reban rumah jiran sebelah.