Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

25 Januari 2010

Sambungan Entri Sebelum Ni

Aku nak sambung entri aku sebelum ni berkenaan penutup air kat rumah aku yang hilang.Pada mulanya aku ingat cuma penutup air aku je yang hilang rupa-rupanya ada juga rumah yang lain mengalami nasib yang sama seperti aku.

Kisahnya bermula dari rumah ustazah. Bila ustazah tu perasan penutup air dia hilang dia terus beritahu kat suaminya kerana sebelum tu ustazah tu dah ternampak ada 3 orang india berlegar-legar kat belakang rumah tapi dia tak syak apa-apa.Masa tu pula pukul 11 lebih. Pastu suami dia pun mencari la. Tup..tup.. suami ustazah tu jumpa penutup air lebih kurang 7 keping yang disorokkan di belakang rumah yang tidak bertuan. Tempat tu memang gelap pun. Apalagi.. suami ustazah tu simpankan *padan muka si pencuri tu* dan malam sabtu yang lepas, aku pergi rumah ustazah tu, mana la tau kot-kot penutup air aku ada dan kini lubang tu telahpun ditutup dan atas penutup tu aku letakkan plywood. Harap-harap jangan hilang lagi.

Aku rasakan tempat aku macam dah tak selamat je. Mana la tau takut lepas ni rumah orang pulak yang dorang masuk. Hissshhh.. aku rasa memang kena buat report polis ni.

12 patah-patah kata:

Ju@Lucky^Mummy berkata...

Betul3.. kena berhati2. penyamun sekarang x berhati perut.!!

Jieda berkata...

betul tu..dorang ni kalau kena tangkap itu perkara kedua

mamaarifakeemaisy berkata...

buat jerlah report polis...mungkin kalo polis buat rondaan, kurang la sket kebrangkalian untuk berlaku lagi jenayah yg lebih besar! weei takut eh!

dina berkata...

btul2 buat repot polis, seelok2nya pergi dgn jiran2 sekali, nanti polis boleh la tengok2kan...

kakngah berkata...

lg 1.. kene aktfkan rukun tetangga...

Maiyah berkata...

kene plan tu sesama jiran n polis utk wat tangkapan

Natasha berkata...

letak cc tv pling elok.....

Jieda berkata...

mamalieyna..haritu tu ada juga perbincangan sikit dengan jiran tetangga,nampaknya memang nak buat report polis

dina..okay,cadangan ko diterima hehehe

kakngah..sebelum ni rukun tetangga memang aktif tetapi sejak dah tukar ketua baru,dah kureng sikitlah keaktifan itu

kak maiyah..hmmm..mungkin jugak

natasha..betul la..kalau untuk keselamatan kan

Aini berkata...

pernah kena juga macam tu..

Jieda berkata...

aini..rasanya memang kat mana-mana mesti ada kes camni

Amirah Rashid berkata...

manusia skrg ni
bnde tu pn nk curi
cube la cari keje yg berfaedah sikit
halal jgk duit yg dye dpt tu
haish

Jieda berkata...

Amirah Rashid.. dorang sekarang ni dah tak peduli ngan semua tu.halal ke haram dah tak dikisahkan lagi