Sebelum ni aku hanya dengar dari kawan-kawan tentang keenakan kacang pool dan waktu itupun aku tak la teringin nak mencuba sampai la satu hari aku tengok blog mummy2haqq n3 dia pergi makan kacang pool. Bila tengok gambar je cukup mengecurkan dan secara otomatik keinginan nak makan tu datang. Dari sehari ke sehari nak pergi asyik tak sempat je. Lagipun jauh tu dari Kulai nak ke Larkin. Akhirnya...hari jumaat lepas itulah pertama kali aku makan kacang pool. Hurmmm...sedappppp sangat. Lain kali confirm aku makan lagi. So, aku planning hujung minggu ni nak pergi lagi sebab irfan pun dah ternampak gambar kacang pool dalam handpon aku. Dia pun nak makan gak la.
Kelmarin aku google resepi kat tenet. Rupa-rupanya kacang yang digunakan untuk membuat kacang pool tu adalah kacang parang. Laa...kesian irfan. Memang sampai bila-bila pun dia tak leh makan kacang pool. Akhirnya..aku cancel planning nak pegi makan kacang pool hujung minggu ni.
Masa ni hujan tengah turun dengan lebatnya
16 patah-patah kata:
sorry nak tanya... errrr... kacang pool tuh apa ek.. huhuhu...
manjaixora..kacang pool tu sebenarnya nama makanan dari timur tengah.yang dalam mangkuk tu la namanya kacang pool
uiks???K.Jieda duk JB ek??
dulu selalu gak makan kacang pool ni..kat situ la..mmg best...diorang kata org johor mmg tau makanan ni..
tp mula2 i pn xtau..my sis yg ajar..heaven!!
akhirnya dpt juga ko merasa kacang phool erk.
amacam!! sedap x?
ko tau nak buat dia senang je. tapi dgn syarat ko kena beli kacang phool yg btul punya. susah tau nak cari kacang parang tu kat sini. tapi kat kedai cina byk jual kacang parang tu.
blk spore nnt aku nak g makan kacang phool ni. hehehe
lupa lak nak habaq. nak lagi sedap makan ngan roti prancis.
ziana..haah.JB kat Kulai.Meh la datang rumah kalau ke JB.
lepas mkn leh main pool ke ha ha
Suzry..memang sedap giler rasa dia.rugi aku tak makan awal-awal dulu hehehe
uiks..dh dekat dh dgn umah mak i kat Tmn Tun Aminah..hehehe..insyaallah kak..nak balik JB pn susah..kekekek...
caluk...hehehe..agaknya la kot
caluk ko jgn. nnt jieda suntut ko ngan batang snooker kang hahaha
jieda! tu la ko. kan dah rugi bertahun2 hehehe
eh guana ghupa kacang pool tu ek..tk nmpak aa dlm mangkuk tu..huhu..serius first time dengo..kui3x..
*ada tag untuk anda..sila rujuk di blog saye..hikhik.. :)
caluk- lepas makan takleh main pool, sebab perut dah senak... warkhkahkah...
jieda- ni makanan org timur tengah ke? aku ingat org spore punya makanan... huhuhu... roti tu makan dgn baked bean pun best pe...
mamalieyna..takpe..nanti kalau balik pontian ajak la suami gi kat larkin sebelah balai bomba.try rasa.sedappp
p/s:nampak dah tag tu
dina..ikutkan memang asal dari timur tengah tapi sekarang rasanya dorang dah komersialkan.ikut citarasa rakyat malaysia hehehe
hai jieda, salam kenal..
hmm..dilla pun tak tau ni camne rupanya kacang pool..first time dgr ni..padahal slalu la gi jb tu..tp tak tau..jakun jap..
rupa dia cambaked bean ke?
Catat Ulasan