Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
09 November 2009

Penipuan Harga

Semalam aku bershopping ke Tesco yang berhampiran dengan rumah aku. Bila sampai kat bahagian penjagaan diri, aku nak beli sabun LIFEBUOY. Bila tengok harga yang 3 bar x 85gm harganya RM3.69. Bila tengok yang 3 bar x 115gm harganya RM3.49. Kat situ je dah beza RM0.20. Aku terpikir jugak takkan yang kecik lebih mahal dari yang besar tapi semua tu aku tak amik kisah. Aku pun amik yang 3 x 115gm. Mestilah kita amik yang murah kan.

Kemudian jalan-jalan....ambil barang tu masuk troli..ambil barang ni masuk troli. Setibanya di bahagian coklat ada pulak mesin scan. Aku ni pun saje-saje la scan sabun LIFEBUOY tadi sebab dalam masa yang sama aku tak puas hati dengan harga yang dipaparkan. Haa...kan betul. Korang nak tau, berapa harga yang tertera kat mesin scan tu. RM4.49. Aku panggil en suami datang tengok pastu kitorang pergi balik kat tempat sabun tu. Nak cari ada tak harga RM4.49. Kot-kot kitorang yang silap. Tak jumpa juga. Aku cuba cari supervisor yang bertugas kat situ tapi malangnya takde sesiapa pun yang aku boleh tanya. En suami siap nak amik gambar buat bukti. Tapi aku cakap tak yah la. Hampeh betul. Ni dah kira menipu. Tak jadi aku nak beli sabun tu.

Aku ni sebenarnya pun dah beberapa kali tertipu dengan harga barang yang dipamerkan. Aku kena ni kat Tesco je. Kat tempat lain tak pernah pula kena camni. Tapi silap aku juga sebab tengok resit bila dah sampai rumah. Nampaknya lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Pada siapa yang sesuai ye kalau aku nak komplen??

6 patah-patah kata:

mamalieyna berkata...

huh..mende2 cmni la sllu kita tertipu dlm tak sedar..tah taktik diorang ke atau scr ketaksengajaan diorang nih! tp kalo sllu berlaku nmpknye kena la ambk tindakan, tah2 taktik diorang nk lariskan pembelian, sah2 kita tak perasan time nk membayonyer kan..huhu..tipah tertipu! :P

ZIANA ♥ FARREL berkata...

betul kak! sy selalu kena kat Giant...
konon dia tulis sale..tp kena pi cek..kdg2 tulis kat catalog harga murah..tp bila scan harga naik plak...sy akan reject arr brg tu even dia dh punch..padan muka supervisor dia kena dtg cancel punch!

Siti @ nurie berkata...

samalah ngn siti....kat tesco gak..ada sklai dlm paper dia kata rege ketam besar sekilo rm12...murah kan?...so, kitaorg ni exctd nak gi beli..smpai2 sana, ada notis pakai pen tulis"harga dlm iklan adalah salah. harga sebenar rm18"...peh..hangin giler...

dan lgi sekali masa beli mainan budak...kat situ dia tulis offer rm15.00..sklai dah byr, rm19.30..peh...hangin hangin

azieazah berkata...

Dalam minggu ni saja, banyak kesah tertipu harga (Giant dan Tesco paling top) masuk ke email MokYang... Naik geram plak, sbb kita selalu gak ler beli barang kat Tesco.. Tapi so far tak nampak lagi mesin price scan tu..

Kalu kat Giant memang ada, rajin gak dok scan tapi tempat tu bukan priority beli barang, sbb mahalllllllll....!

Nursuzry berkata...

lain kali buat cam aku. setiap kali juruwang tu scan barang perhatikan la rega kat monitor yg dia tunjukkan tu. bukan la nak mengada2 tapi utk elek diri ditipu. biasa kejadian yg happen kat aku adalah giant.

anyss berkata...

Kalau muka glamer macam Mazidul pun penah kena tipu...apa lagi lerr muka x glamer mcm kwn2 aku kat sini hu hu hu jgn marah ye...nanti kena jual.

Itulah hakikatnya. Sblm balik, check dulu resit, pas tu terus pi tukaq (ni cara aku yang kedekut. Aku memang pantang betul kalau harga lain tapi kena bayar lain. Bukan soal banyak tidaknya beza tu, tapi soalnya NIAT depa tu memang nak tipu. Tu yang hangin DEWA turun satu badan hu hu hu)