Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

17 November 2009

Pengalaman

Jumaat lepas aku ikut en suami pegi courts kerana menemankan kawannya. Aku tak masuk pun kat dalam kamar perbicaraan. Aku cuma tunggu dalam kereta je. Bila dah boring dalam kereta, aku tunggu kat tempat ruang menunggu. Kat ruang tu pulak ada sorang perempuan melayu tengah melayani anaknya yang masih kecil. Dalam lingkungan 5 bulan kot anaknya tu. Aku pun duduk la kat situ sambil membaca novel. Tiba-tiba datang seorang anggota polis duduk selang 3 kerusi dari aku. Aku terdengar polis tu tegur perempuan melayu tu. Dialognya lebih kurang begini

Polis: ''tengah tunggu sape ni''
Perempuan. ''tunggu suami tengah bicara kat tingkat 4''
Polis: ''oooo...''

Aku pulak secara otomatik terus bangun. Nanti kang aku pulak yang kena soal. Apa nak jawab hehehe...

Tapi tu la...kesian aku tengok perempuan tu, dengan anak yang masih kecil ditambah pulak kalau terjadi apa-apa kat suami dia, macammana la nasibnya nanti. Dah rasa tak selesa kat situ, aku pergi kat tempat lain tiba-tiba lalu pula orang yang sedang digari kat depan aku. Aduhhh...tak kira la walaupun orang tu bersalah atau tidak tapi perasaan kesian datang bila tengok wajah dorang. Ada yang wajahnya selamba dan ada juga yang nampak macam menyesal sangat dengan apa yang dorang dah lakukan.

Tak lama kemudian suami aku mesej suruh naik kat tingkat tiga di mana perbicaraan sedang dijalankan tapi aku hanya duduk kat luar. Taknak la masuk kat dalam tu. Dalam masa tu aku tinjau-tinjau je dari luar. Nampak la jugak pesalah-pesalah sedang dibicarakan seorang demi seorang. Bukan hanya lelaki tetapi perempuan pun ada. Yang sedihnya, aku tengok pesalah-pesalah ni ramai yang terdiri dari bangsa melayu.

Kira okay la pengalaman aku pergi ke sana. Tengok dengan mata sendiri camner suasananya, gelagat orang yang ada kat sana. Satu lagi yang aku rasakan paling teruja, masa baru sampai nampak la peguam-peguam yang datang dengan membawa briefcase dan fail-fail yang tinggi menggunung. Memang nampak profesional dan sungguh bergaya.


10 patah-patah kata:

azieazah berkata...

Mahal tu pengalaman...
tu belum lagi kena masuk dalam, jadi saksi ker atau didakwa (minta dijauhkan)

Tiada manusia terlepas dari melakukan kesilapan, hukuman perlu agar menjadi pengajaran kepada mereka yg bersalah juga kepada kita yang meliihat...

Jieda berkata...

kak azieazah..memang antara pengalaman yang mahal.memang minta dijauhkan jangan la sampai masuk kedalam.

mamaarifakeemaisy berkata...

eh kalo takde kaitan ngn kes tak buleh masuk ke..kalo bleh masuk, lg la mahal pengalaman kan..huhu..

Jieda berkata...

mamalieyna..kalau setakat nak tengok,boleh je masuk dengan syarat jangan wat bising je.biasanya family2 atau kawan2 yang datang.setakat suka-suka nak tengok macam takde.

Unknown berkata...

aku penah la jugak dua tiga kali masuk court masa praktikal dulu. tp bukan kes jenayah la. Ikut je la bila bos ajak. Dlm court tu pun ada protokol2 dia w'pun kita sbg pendengar. Senang cakap mmg kena jadi sopan santun abis la heee.

siti noriza saleh berkata...

siti dulu exctd nak jadi peguam...tapi, bila rasa siti ni cepat sgt ada rasa kesian kat org, so tak jdia teruskan hajat tu...manalh tau nanti, mmg org tu bersalah, tapi dok kesiankan dia, dah dia terlpas lak..sian lak kat mangsa dia....he eh he

Jieda berkata...

muliati..jenguk jugak ko kat aku ye hehehe.kenyataan ko tu memang betul.en suami aku cakap nak silangkan kaki kat dalam tu pun tak leh.

Jieda berkata...

siti@nurie..nak jadi peguam ni kita memang kena kuatkan semangat.bukan senang nak bela orang yang bersalah atau tak bersalah.

dina berkata...

tu baru tengok luar belum masuk dlm, kena berdiri masa hakim masuk, takleh nyampuk, kena dengar jek apa yang diorang cakap... hhehehee... kau kena masuk la kalau nak pengalaman menarik... hehehee... aku pun tak penah masuk walaupun dah dekat 8thn keje dgn legal... hehehehe

Jieda berkata...

dina..lepas ni harap-harap memang dah taknak masuk kat situ lagi hehehe...cukup la pengalaman yang aku dah lalui ni