Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
24 November 2009

Takde tajuk

Hmm...beberapa harini malas betul nak update blog. Aku lebih suka jalan-jalan kat blog kengkawan lagipun memang tengah takde mood pun nak menaip. Malam esok aku akan memulakan perjalanan balik kampung. Raya haji ni kitorang adik beradik berkumpul kat rumah abah. Bestnya...maklum la bukan selalu dapat berkumpul. Okay la.. nak balik dah.
20 November 2009

Kek lagiii

Saje je nak tunjuk kat korang kek yang aku buat kat Secret Recipe hahaha...

Masa besday aku haritu takde pun acara potong-potong kek. Sedih tau..sob..sob.. hari minggu lepas aku claim gak en suami belikan aku kek. Memula tu aku saje ajak en suami pegi Jusco Taman U. Konon-kononnya nak cari baju budak (sebenarnya trick je tu) pastu dengan selamba aku berkata ''bang, jom beli kek. masa harijadi kita haritu takde pun kek''. Dan permintaanku ditunaikan horeyyyy. Nama kek dibawah tu ialah choco mocha. Biasanya aku beli chocolate indulgence. Sekali sekala tukar selera rasa. Betul tak? Rasa kek ni memang sedapppp.

Walnut atas kek tu rangup betul

Layer atas perasa kopi, layer bawah rasa coklat

Hari Terakhir Cuti Sekolah

Hari ini 20/11/2009 merupakan hari terakhir persekolahan pada tahun ini. Waahhhh...sakan la budak-budak, maklum la cuti sebulan lebih. Malam tadi aku tengok report card Irfan. Alhamdulillah...okay la biarpun setakat lulus bukan dengan cemerlang. Sekolah rendah naik satu kelas tapi sekolah agama turun kelas. Aku rasa ni gara-gara dia tak pergi sekolah pada hari pertama peperiksaan sekolah agama sedang berlangsung.

Bila tengok je masa persekolahan sekolah agama untuk tahun depan start pukul 10.30pg hingga 12.00 tengahari. Maknanya sekolah agama tahun depan Irfan kena sesi pagi dan sekolah rendah kena sesi petang. Setau aku sekolah rendah tak pernah pulak ada sesi petang. Start tahun depan ianya bermula. Laaa...tak bestnya. Aku lebih suka kalau sekolah rendah di waktu pagi dan sekolah agama di waktu petang. Tapi...nak wat camner. Ikutkan je la.

Naik sekolah nanti Irfan dah darjah 3. Ishhh...cam tak caya la pulak. Pejam celik pejam celik dah besar jugak anak aku ni. Cepatnya masa berlalu. Lagi setahun Balqis pulak melangkah ke alam persekolahan.

19 November 2009

Kacang pool

Lepas balik dari court jumaat haritu, aku ajak en suami pegi makan kacang pool kat larkin sebelah balai bomba. Kat situ memang terkenal dengan kacang poolnya. Biarpun hujan turun dengan lebatnya, itu tidak mematahkan semangat aku nak makan kacang pool. Ku redah jugak hujan itu semata-mata memenuhi keinginanku hehehe..kelakarnya bahasa.

Sebelum ni aku hanya dengar dari kawan-kawan tentang keenakan kacang pool dan waktu itupun aku tak la teringin nak mencuba sampai la satu hari aku tengok blog mummy2haqq n3 dia pergi makan kacang pool. Bila tengok gambar je cukup mengecurkan dan secara otomatik keinginan nak makan tu datang. Dari sehari ke sehari nak pergi asyik tak sempat je. Lagipun jauh tu dari Kulai nak ke Larkin. Akhirnya...hari jumaat lepas itulah pertama kali aku makan kacang pool. Hurmmm...sedappppp sangat. Lain kali confirm aku makan lagi. So, aku planning hujung minggu ni nak pergi lagi sebab irfan pun dah ternampak gambar kacang pool dalam handpon aku. Dia pun nak makan gak la.

Kelmarin aku google resepi kat tenet. Rupa-rupanya kacang yang digunakan untuk membuat kacang pool tu adalah kacang parang. Laa...kesian irfan. Memang sampai bila-bila pun dia tak leh makan kacang pool. Akhirnya..aku cancel planning nak pegi makan kacang pool hujung minggu ni.




Masa ni hujan tengah turun dengan lebatnya


En suami tetap memilih nasi campur sebagai hidangan tengahari
Siap makan guna tangan lagi hehehe


Inilah kedai yang jual kacang pool


Inilah kacang poolnya. Ada telur mata kerbau sebiji,
bawang, cili hijau dan limau kasturi


Ni pulak roti yang dimakan dengan kacang pool.
Memang besar gabak roti ni.






17 November 2009

Pesta Buku Alaf kembali lagi !!


Yang ku tunggu-tunggu telah tiba. Pesta buku alaf kembali lagi. Kali ni berapa banyak la novel yang aku nak kirim ye. Seperti yang lepas-lepas aku selalu kirim kat Nadia. Harap-harap kali ni dia pergi kalau tak aku kena cari mangsa-mangsa terbaru hehehe.Tak laaa...aku kena la cari alternatif lain.

Sejak aku tau alaf ada buat pesta buku ni, aku dah tak beli lagi novel alaf kat kedai buku. Aku rasa lebih baik aku beli masa pesta ni. Jimat pun jimat. Nanti aku senaraikan novel apa yang aku nak beli ye....

Pengalaman

Jumaat lepas aku ikut en suami pegi courts kerana menemankan kawannya. Aku tak masuk pun kat dalam kamar perbicaraan. Aku cuma tunggu dalam kereta je. Bila dah boring dalam kereta, aku tunggu kat tempat ruang menunggu. Kat ruang tu pulak ada sorang perempuan melayu tengah melayani anaknya yang masih kecil. Dalam lingkungan 5 bulan kot anaknya tu. Aku pun duduk la kat situ sambil membaca novel. Tiba-tiba datang seorang anggota polis duduk selang 3 kerusi dari aku. Aku terdengar polis tu tegur perempuan melayu tu. Dialognya lebih kurang begini

Polis: ''tengah tunggu sape ni''
Perempuan. ''tunggu suami tengah bicara kat tingkat 4''
Polis: ''oooo...''

Aku pulak secara otomatik terus bangun. Nanti kang aku pulak yang kena soal. Apa nak jawab hehehe...

Tapi tu la...kesian aku tengok perempuan tu, dengan anak yang masih kecil ditambah pulak kalau terjadi apa-apa kat suami dia, macammana la nasibnya nanti. Dah rasa tak selesa kat situ, aku pergi kat tempat lain tiba-tiba lalu pula orang yang sedang digari kat depan aku. Aduhhh...tak kira la walaupun orang tu bersalah atau tidak tapi perasaan kesian datang bila tengok wajah dorang. Ada yang wajahnya selamba dan ada juga yang nampak macam menyesal sangat dengan apa yang dorang dah lakukan.

Tak lama kemudian suami aku mesej suruh naik kat tingkat tiga di mana perbicaraan sedang dijalankan tapi aku hanya duduk kat luar. Taknak la masuk kat dalam tu. Dalam masa tu aku tinjau-tinjau je dari luar. Nampak la jugak pesalah-pesalah sedang dibicarakan seorang demi seorang. Bukan hanya lelaki tetapi perempuan pun ada. Yang sedihnya, aku tengok pesalah-pesalah ni ramai yang terdiri dari bangsa melayu.

Kira okay la pengalaman aku pergi ke sana. Tengok dengan mata sendiri camner suasananya, gelagat orang yang ada kat sana. Satu lagi yang aku rasakan paling teruja, masa baru sampai nampak la peguam-peguam yang datang dengan membawa briefcase dan fail-fail yang tinggi menggunung. Memang nampak profesional dan sungguh bergaya.


12 November 2009

Campak Anak Dalam Perigi

''Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampak ibunya, kelmarin. Bagaimanapun bayi itu tidak tenggelam, sebaliknya terapung beberapa ketika sebelum diselamatkan datuknya''

Itu adalah tajuk utama kat Metro harini. Tak dapat dibayangkan anak sekecil itu dicampak dalam perigi. Kejadian tu berlaku kerana ibu kandung bayi tu menghidap penyakit meroyan. Dalam cerita tu juga ada menyatakan ibunya mengaku tak menyedari perbuatannya yang mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan. Hisshhh...macammana la sampai boleh jadi begitu. Betul ke kalau meroyan kita memang tak menyedari apa yang kita lakukan.
10 November 2009

Eee...lipan

Pagi tadi masa aku nak angkat plastik sampah kat belakang rumah, aku ternampak anak lipan. Nak kata kecik tak juga, nak dikatakan besar pun tak besar. Saiznya sedang sedang je. Aku pun capai je kayu yang berhampiran. Pastu aku tekan kayu kat tengah badan lipan. Apalagi...lipan tu terputus dua. Bahagian kepala aku tak dapat nak bunuh sebab lipan tu menyelar terus masuk celah lubang. Ekornya pulak aku bunuh. Cehh..pagi ni aku digelar pembunuh lipan hehehe. Agak-agak korang la, lipan yang menghilangkan diri tu dapat bertahan lama tak?
09 November 2009

Oppsss...status oven

Meh dekat sikit. Nak bagitau ni...korang ingat tak citer oven yang aku pinjam dari abah aku tu rosak. Sekarang ni oven tu dah okay. Ni semua pertolongan dari en suami. Hari khamis lepas dia tolong betulkan itupun setelah aku bagitau dia aku nak ganti oven abah. Bila aku tanya nape taknak buat awal-awal. Ada ke dia kata aku tak bagitau kat dia sedangkan sebelum tu mulut aku ni penat mengomel kat dia oven tu rosak. Sabar je la. Walaubagaimanapun saaayang kat en suami yang telah menyelamatkan duit aku hehehe....

Lauk Sabtu dan Ahad

Bukak je peti ais masih lagi tersimpan daging lembu yang beli masa nak raya haritu. Haaa....berapa lama tersimpan. Aku kira okay lagi la daging tu sebab masa beli daging tu baru je disembelih. Kirakan hari sabtu lepas aku mulakan operasi masak daging. Itupun setelah disound oleh en suami hehehe...

Hari sabtu buat daging masak sambal sambil tu letak la sekali bawang hiris. Malam tu adik aku yang no 4 call Irfan, tanya makan apa harini. Irfan jawab ''makan daging masak bawang'' hehehe... apa-apa je la nak oiii...yang penting daging sambal mama habis.


Sambal daging dan bawang hehehe....


Hari ahad.....

Kena masak daging lagi sebab nak perabihkan balance yang masak semalam. Hmm...mula-mula tak tau nak masak apa. Takde idea. Bila teringatkan en suami suka makan kari, aku bercadang nak buat kari daging. Tapi yang jadi masalahnya...aku tak pandai nak masak kari daging ni. Nak cari buku resepi malas pulak walaupun buku masak aku melambak-lambak, last-last aku korbankan RM2 cari resepi kat internet menggunakan handphone. Aku tiru resepi yang dicari dari hanieliza fotopages.

Alhamdulillah...percubaan pertama aku masak kari daging ni menjadi. Anak dan suami memuji. Hehehe...bangganya.

Ada harapan jadi chef ni


Daging diperap dengan serbuk kari dan kerisik

Kari daging yang siap dimasak tak dapat dipaparkan kerana aku terlupa nak snap tapi sama je rupanya macam yang korang pernah masak.


Penipuan Harga

Semalam aku bershopping ke Tesco yang berhampiran dengan rumah aku. Bila sampai kat bahagian penjagaan diri, aku nak beli sabun LIFEBUOY. Bila tengok harga yang 3 bar x 85gm harganya RM3.69. Bila tengok yang 3 bar x 115gm harganya RM3.49. Kat situ je dah beza RM0.20. Aku terpikir jugak takkan yang kecik lebih mahal dari yang besar tapi semua tu aku tak amik kisah. Aku pun amik yang 3 x 115gm. Mestilah kita amik yang murah kan.

Kemudian jalan-jalan....ambil barang tu masuk troli..ambil barang ni masuk troli. Setibanya di bahagian coklat ada pulak mesin scan. Aku ni pun saje-saje la scan sabun LIFEBUOY tadi sebab dalam masa yang sama aku tak puas hati dengan harga yang dipaparkan. Haa...kan betul. Korang nak tau, berapa harga yang tertera kat mesin scan tu. RM4.49. Aku panggil en suami datang tengok pastu kitorang pergi balik kat tempat sabun tu. Nak cari ada tak harga RM4.49. Kot-kot kitorang yang silap. Tak jumpa juga. Aku cuba cari supervisor yang bertugas kat situ tapi malangnya takde sesiapa pun yang aku boleh tanya. En suami siap nak amik gambar buat bukti. Tapi aku cakap tak yah la. Hampeh betul. Ni dah kira menipu. Tak jadi aku nak beli sabun tu.

Aku ni sebenarnya pun dah beberapa kali tertipu dengan harga barang yang dipamerkan. Aku kena ni kat Tesco je. Kat tempat lain tak pernah pula kena camni. Tapi silap aku juga sebab tengok resit bila dah sampai rumah. Nampaknya lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Pada siapa yang sesuai ye kalau aku nak komplen??
08 November 2009

Drama

Jumaat lepas aku tengok drama LAFAZ BUKAN MAINAN. Lakonan Fizz Fairuz dan Sariyanti. Mengisahkan sepasang suami isteri hidupnya memang bahagia dan suka bergurau. Satu hari si suami telah melafazkan talak pada si isteri dengan cara bergurau. Bukan talak satu tapi talak tiga. Haa..lepas tu masing-masing tak leh terima. Baik si suami dan si isteri da jadi orang gila talak. Akhir cerita barulah mereka boleh terima jodoh mereka setakat tu je dan si isteri berkahwin dengan kawan lamanya. Best drama ni. Bagi aku lain dari yang lain. Realiti kehidupan tak mustahil perkara begini berlaku.
05 November 2009

Sape nak tolong??




Aduhhh...penat pulak harini. Sempat tak nak settlekan sebelum pukul 5.45 ptg ni. Ada tak sesape yang tolong??? Cepat la...aku bagi upah RM2 hehehe......

Saya Sedang....

Hmm..dah lama tak jawab tag. Sementara tengah banyak perkara yang ''saya sedang'' lakukan, ada baiknya aku jawab tag dari wonderwoman.

8 PERKARA ''SAYA SEDANG''

Saya sedang
melayari internet sambil membaca blog kawan-kawan

Saya Sedang
menyelerakkan meja saya dengan timbunan kertas

Saya Sedang
melipat dan memasukkan bil serta statement ke dalam sampul surat

Saya Sedang
menunggu driver untuk membawa saya ke post opis

Saya Sedang
kesejukan kerana hujan di luar opis turun dengan lebatnya

Saya Sedang
memikirkan nak pergi post opis ke taknak memandangkan hujan makin lebat huhuhu

Saya Sedang
kelaparan sebab lauk kat kantin tak sedap

Saya Sedang
menghabiskan tag yang diberi oleh wonderwoman

8 orang yang saya nak tag ialah:
1. Dina
2. Suzry
3. Kak Watie
4. Ieta
5. Mamalieyna
6. Mazlina
7. Reen
8. Mummy2Haqq

Jawab...jangan tak jawab.

Ular Makan Telur

Akhirnya...aku beli jugak

Sebenarnya dah lama aku teringin nak pakai penapis air kat rumah. Maklum la katanya penapis air baik untuk kesihatan. Ia tapis kekotoran-kekotoran yang terdapat dalam air. Apa-apa je la. Satu lagi mungkin masalah kewangan yang menjadi masalah untuk aku dapat penapis air ni.

Raya lepas la punya citer ni. Aku berjumpa dengan kawan lama kebetulan dia jual penapis air jenama Bio Aura. Masa aku pegi beraya ke rumah kawan aku tu, dia cerita juga pasal bio aura ni tapi aku tak fokus sebab aku belum bersedia nak beli lagi. Dah seminggu lepas tu aku saje la search kat google pasal penapis air ni. Aku fikir, mungkin aku perlu ada penapis air ni kat rumah. Lagipun kulit Balqis jenis sensitif. Aku nak mandikan dia guna penapis air ni. Setelah berbincang dengan en suami, dia setuju nak beli. Apalagi..aku call la kawan aku tu. Nak order dulu. Bulan satu nanti baru nak ambik sebab kawan aku tu bagi aku bayar installment tanpa interest.

Setelah berbincang, kawan aku suruh aku ambil bulan lepas tapi aku start bayar bulan 1 nanti. 3 bulan aku pakai free hehehe.....




04 November 2009

Jumpa doktor gigi

Semalam aku mc (alasan malas nak gi kerja hehehe) sebab aku berjumpa dengan doktor gigi. Sebenarnya gigi geraham atas sebelah kanan dah berlubang. Dari sehari ke sehari aku menahan sakit gigi, last-last semalam jugak kebetulan en suami tak bekerja, aku ajak dia temankan aku pergi klinik gigi. Sampai sana je jantung aku berdegup kencang. Takuttt tapi aku beranikan diri jugak. Masa jumpa doktor tu, sempat jugak doktor sound aku ''lepas tiga bulan baru datang ye''. Aku senyum je la.

Mula-mula doktor dah bius tapi aku rasa bius tu belum meresap sepenuhnya ke gusi aku lalu doktor tu terus cabut. Apalagi...sakitnya.. pastu aku bagitau doktor dan doktor tu injek bius sekali lagi. Haa...pastu tiba-tiba doktor kata dah siap. Aikkk...aku tak sedar pun bila siapnya.

Petang ni aku nak jumpa doktor gigi tu balik sebab aku rasa gusi aku ni bengkak semacam.
02 November 2009

Huwaaa....ovenku rosak

Jumaat lepas, aku cari resepi kek dari internet. Jumpa pulak resepi Kek Marble Susu dari blog mamafami. Senang je resepinya. Aku dah plan hari sabtu aku nak buat. Kebetulan ibu mertuaku tinggal kat rumah aku buat beberapa hari. So, balik dari kerja haritu aku tengok oven aku dah bertukar tempat. Takpe la..en husband tolong kemaskan sebab aku ni memang suka letak barang merata. Pagi sabtu pulak saje onkan oven tu. Nak tengok button merah tu menyala lagi atau tidak, maklum la masa buat kek tiga kaler tu kan oven tu buat hal TETAPI...bila aku peratikan dah tak nyala lagi atau dalam pendek katanya oven aku dah ROSAK.

Sebenarnya oven tu pun bukan kepunyaan aku tapi abah aku yang punya. Aku pinjam masa puasa haritu, maklum la semangat nak buat biskut raya berkobar-kobar tapi akhirnya biskut tunjuk jugak yang terhidang kat atas meja. Habis la... aku tak berani lagi nak bagitau oven dia dah rosak. Nampak gayanya bonus tahun ni aku kena beli dua oven la.