Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

02 Mac 2010

Budin Benci Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada sesiapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluat Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-harinya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Bermulalah rancangan jahat Budin. Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Cap Rambutan. Tanpa berlengah Budin terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati yang gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan rentak lagu Cari Jodoh nyanyian Wali Band.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah, si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang beberapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat rumah tak?
Tanya budin dengan penuh suspen dan berdebar-debar.

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa?
Tanya Gayah keheranan

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.


Notajariruncing: Jangan buang kucing terlalu jauh hehehe
Imbang Penuh

3 patah-patah kata:

mamaarifakeemaisy berkata...

wakaka..bijak lg kucing tu dr budin! ekeke...pagi2 layan citer lawak best gak..! ^_^

Mr. Asada berkata...

hahahaha.. siyes ke citer ni??

budin.. budin..

|| NaFiRaa || berkata...

hahahahaha.. adeslaaa.. tu lah.. len kali bw GPS skali..muahahaha