Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
01 Mac 2010

Teater Natrah

Sebenarnya aku teringin sangat nak tengok teater tapi paham-paham je la, jauh sangat nak pergi. Antara teater yang aku nak tengok sangat adalah teater Natrah dan akhirnya petang semalam tercapai impian nak tengok. Pukul 3 di TV1 ada menayangkan teater Natrah ni. Agaknya kalau tengok live mesti bestkan tapi okay la dapat jugak tengok. Teruja jugak la hehehe *jakun betul ko ni jieda oii*.

Natrah mengisahkan kehidupan gadis berasal dari Berlanda bernama Natrah dan dipelihara oleh Che Aminah. Begitupun, konflik terjadi apabila ibu bapa kandung Natrah yang beragama Kristian menuntut semula hak penjagaan. Malah mereka tidak bersetuju dengan perkahwinan Natrah yang baru berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi. Kemudian berlakunya rusuhan berikutan pergolakan sentimen agama dan kemanusiaan.

Antara pelakon yang menjayakan teater Natrah ni Maya Karin (Natrah), Umie Aida (Che Aminah), Remy Ishak (Mansor Adabi), Sofea Jana (Natrah ketika tua).

4 patah-patah kata:

maiyah berkata...

mmg best

mamalieyna berkata...

eina pun suka bab2 tgk teater ni..tp dh lama tak berkesempatan tuk tengok..masa kat U dl ada la..bestkan layan..^_^

AISYAH HANI berkata...

terlupa nak tengok teater ni kat TV1 hari tu.

anyss berkata...

tertido depan TV masa nengok teater ni hu hu hu sadis tul kan :(
Buku Natrah dah baca?