Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
04 Mac 2010

Nabil ( Lu Fikirlah Sendiri ) Kena Saman


Seperti biasa pagi-pagi sampai opis mesti kena baca suratkhabar dulu. Di muka depan Harian Metro edisi Johor terpampang NABIL DISAMAN RM2 JUTA. Isshhh... apa kes ni. Aku pun selak page 5 untuk mengetahui berita selanjutnya.

Oooo..rupanya Nabil disaman oleh syarikat yang menerbitkan filem LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE gara-gara mengkritik filem itu. Aku pernah baca dalam paper sebelum ni Nabil tak puas hati lakonan dia dalam filem itu. Tidak seperti yang digambarkan. Kemudian aku baca pula kenyataan Nabil yang menyatakan Nabil tak takut pun disaman kerana filem itu bukan rugi pun malahan dia hanya meluahkan pendapatnya sahaja.

Hmm...ntahlah. Sekarang ni semua tak boleh silap sikit. Asyik nak saman je. Apapun harapnya dapatlah dorang ni settlekan secara aman.


Notajariruncing: Agaknya dapat tak Nabil merangkul lagi Anugerah Bintang Paling Popular

16 patah-patah kata:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

macam tu la gaye orang sekarang ni
nak duit cepat..saman menyaman lah..sungguh x best..kesian yang disaman tu

q-nizam berkata...

perh..kerek jgak nabil ni...xpo2..duit die dah byak kot//

Jieda berkata...

cik aidacomei ~ kadang-kadang tak tau apa tujuan dorang ni saman menyaman

jalilah_jy berkata...

orang zman sekarang bukan boleh ditegur, silap sikit saman..sepatutnya gunakan apa jer org tegur untuk tambahkan lagi ilmu...
silap tegur saman silap laku bunuh silap kawan pukul2 silap kata kita difitnah.. mcm tu la dunia akhir zaman ni...

Jieda berkata...

q-nizam ~ mungkin dia hanya meluahkan pendapat tapi caranya yang tak kena

Siti berkata...

tu la psl...agaknya diorg ingat leh bwk duit juta2 kalau saman nih..

mamalieyna berkata...

haish..mudah sgt nak kena saman skrg ni eh..weeii kuarkan statement pun kena saman ka..huhu..tu la org ckp...terlajak perahu leh undur, terlajak kata..buruk padahnya..!

RaMa2UnGU berkata...

hmm..ntah hae22 la..kdng2 bukan maslh artis dan produser tu pun...wartawan kdg2 saje je nak gempakkan cerita...cara olahan penulisan tu yg boleh menyalah tafsir sesuatu perkara..

tapi jugak lagi, takde angin takde la pokok nk goyang ye tak..lu pikir la sendiri..hehe

|| NaFiRaa || berkata...

haih!! keje saman menyaman jek dorang!!! apalah salahnye pikir positif.. amik teguran/komen sebagai panduan akan datang.. barulah boleh berkembang dunia seni nih..

eh!!! terkomen panjang plak..mueheehhe

ZIANA ♥ FARREL berkata...

ziana br baca masa lunch td..tula, si nabil salahkan company tu sbb cakap derang amik tagline dia, yg si company plak salahkan dia..sebenarnye masing2 nakkan duit! tp betul gak nabil cakap filem tu untung, ape kes company tu nak saman2 plak.lainla klu rugi kan.
*msia dh macam omputeh kak skrg ni..sume nak saman je!

maiyah berkata...

biasalah kalo bab artis cenggini le gamaknya

mat salleh berkata...

tujuan saman ni rasanya nak mendidik nabil khususnya & smua artis umumnya supaya faham kontrak baru tandatgn, jgn langgar perjanjian sesuka hati.

Cik aiNa berkata...

yela kak..zaman sekarang x kena itu ini sikit..saman je la. maklum la..semua orang dah kaya..haha

Jieda berkata...

Siti ~ maklum la..zaman sekarang ni semua memerlukan duit.cara yang mudah camni la.

mamalieyna ~ sebab tu la dalam industri seni ni mulut tu nak kena jaga

Jieda berkata...

Rama2UnGu ~ tu pun setuju sangat hehehe

Nafira ~ dorang tu tak berfikiran macam kita ni.

CiK EdiToR berkata...

keadaan jadi payah dan makin rumit, jika semua terlalu emosi dan ikutkan perasaan tanpa berfikir..tepu dada tanya iman.