Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

12 November 2009

Campak Anak Dalam Perigi

''Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampak ibunya, kelmarin. Bagaimanapun bayi itu tidak tenggelam, sebaliknya terapung beberapa ketika sebelum diselamatkan datuknya''

Itu adalah tajuk utama kat Metro harini. Tak dapat dibayangkan anak sekecil itu dicampak dalam perigi. Kejadian tu berlaku kerana ibu kandung bayi tu menghidap penyakit meroyan. Dalam cerita tu juga ada menyatakan ibunya mengaku tak menyedari perbuatannya yang mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan. Hisshhh...macammana la sampai boleh jadi begitu. Betul ke kalau meroyan kita memang tak menyedari apa yang kita lakukan.

10 patah-patah kata:

mamaarifakeemaisy berkata...

Masyaallah meroyan leh sampai tahap tu ke...takut+bahaya nyer..uii sian dak tecik tu, seb baik cepat bertindak !

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY berkata...

ish..selisih..takutnye..yang i penah tgk org meroyan biaser2 je..dia xle kena tinggal ngan suami..mulalah ngaruk,halau suami, mintak cerai..takut gak!

azieazah berkata...

Simpati betul dengan apa yang berlaku...

Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.


Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaiatu :-

Postpartum Blues - jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
Penyakit kemurungan - kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
Psikosis - boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat

hazlina berkata...

Salam..suke baca ur blog,ade mase lwtla blog sy ye...slm kenalan..sy nk mitk izin utk follow blog ni,jmputla jgk follow blog sy..hehehe!!!

hazlina berkata...

sy dh follow blog awk...;)jgn sgn2 follow blog sy ye..hehehe!!!

Maiyah berkata...

apapun tndakannya tu mmg dah tak waras, sapa yg sanggup nak wat camtu.. mmg something wrong somewhere

Nursuzry berkata...

ada yg aku dgr org meroyan ni mmg sanggup bunuh baby tu. dulu aku pernah dgr cite yg si ibu meroyan dan dia tekup muke anak dia ngan bantal sampai mati huhuhu

Watierman berkata...

Jeida...ada penyakit meroyan sebabtu kena pantang elok2 masa berpantang....!!!
In this case..rasanya tak sesuai kasi ibu tu jaga baby dia without supervision....kalau dah belum ajal.....Alhamdulillah...kalau sebaliknya...Innalillah...

Cetusan berkata...

salam,

tolongg topik hijau tak nampak..

naz ilyn berkata...

salam kenal... kalau dah meroyan ni susah nak cakap sebab di luar kewarasan...