MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf is 'shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat
KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap kiblat, membaca Bismillah dan salawat tiga kali diikuti doa penerang hati.
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga metal dan fizikal.
TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
HALIA
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
BUAH DELIMA
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W ''Sesiapa yang makan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari''.
7 patah-patah kata:
mcd jugak yg nak....kfc jgk yg mahu...pizza jgk yg di cari...sbb tu la otak jd tuttt jer...
wahhhh.. info yang sgt berguna nih..mekasih ye..:)
aku slalu makan kismis dengan telur je. yang lain tu jarang sangat makan. madu pulak tak pernah try pun. hehe
rezeki berkat makanan asli.
sipara-para ~ tu memang tak dinafikan
Nafira ~ sama-sama..yang baik dikongsi-kongsikan
zaimi ~ lepas ni dah boleh makan yang lain-lain tu
zeqzeq ~ betul tu
teringat sepatah lawak;
"kalau dah ayam curi kenapa sembelih ? belasah jerr.."
i bagi u award.. tgk la kt sini http://salmiahehehe.blogspot.com/2010/03/best-visitor-award-hanya-kat.html
Catat Ulasan