Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
27 Mei 2010

Highway


Salam semua... kali ni aku nak bercerita sikit pasal kejadian petang tadi. Balik kerja, selalunya aku ikut jalan biasa yang agak sibuk tapi kerana nak cepat sampai rumah dan taknak terlepas tengok sinetron Benci Bilang Cinta aku ikut jalan highway yang mengambil masa hanya 25 minit sampai ke rumah.

Tibalah masa nak bayar tol, kat pondok tol tu ada sebuah kereta sedang membuat pembayaran, belakang kereta tu pula ada sebuah kereta wira yang dipandu oleh lelaki muda. Belakang kereta wira tu kereta aku. Tiba-tiba kereta wira tu membelok ke arah line Touch N Go. Dalam hati, aku fikir mungkin lelaki muda tu nak bayar guna kad. Tiba-tiba lelaki muda tu keluar dari kereta dengan muka berlagak lalu pergi kat jurutol di mana masa tu aku tengah bayar duit tol. Korang nampak tak situasi betapa 'BIJAKNYA' lelaki tu. Apa salahnya kalau dia tunggu sekejap. Bukannya beratur panjang pun. Akhirnya... perbuatan dia menyusahkan orang lain kerana aku nampak ada sebuah kereta sedang menuju ke arah line Touch N Go itu.

Beberapa hari sebelum ni, ada sebuah lori besar dan panjang hampir nak langgar pondok tol.

Notajariruncing: Bersabar dijalan raya tidak akan merugikan kita.

15 patah-patah kata:

AROL DSHW berkata...

haha. :D
orang muda sekarang,
tak reti bersabar.

Lepat Pisang berkata...

Apa punya sengal tul mamat tu?tak leh ka dia sabaq sikit..bangang punya mangkuk..

akuvision berkata...

kadang - kadang memang ada perangai pemandu yang sebegitu, sakit je hati tengok.

nas berkata...

pergh...kesengalan dia terserlah..xelok wat cam 2...nt org marah...isk3..

rynas berkata...

itu ler geram jer kalau ada pemandu yg gini..laju-laju pun tak ke mana ehhhh

belalang hijau berkata...

ade gak ek org mcm tuh...
ape punya pe'el...

cemomoi berkata...

kekadang memang sakit ati tengok orang cenggitu kat plaza tol.. tak reti-reti nak beratur

aainaa berkata...

memalukan diri sendiri saje.
wek same die. haha :DDD

Roronoa Zoro berkata...

dia pergi ke juru tol buat apa? cam kerek jer.. huh!

anyway, bak kata pakcik yg pernah nasihatkan aku.. "semua org mampu pandu kereta.. tapi semua yg mampu pandu tue ada kemahiran dan kebijaksanaan kah semasa memandu?"

RaMa2UnGU berkata...

kdg2 tak phm tol apsal org nk cepat je kat highway..tau la highway tu suma nk laju..tapi kdg2 agak2 la kan..berhemah utk nyawa..ape salahnya

Style berkata...

betul tu, bersabarlah di jalan raya, sayangi keluarga anda :)

Jieda berkata...

AROL DSHW ~ betul tu,entah apa yg nak dikejarkan


Lepat Pisang ~ nasib baiklah jurutol tu bertimbang rasa,kalau tak sia2 je dapat makian hehehe


akuvision ~ betul sebab cara tu menyusahkan orang lain

Jieda berkata...

nas ~ jangan sesekali ditiru,memang tak patut


ryns ~ pemandu camni yang mengundang bahaya kepada orang lain


belalang hijau ~ entah..sengal punya orang

Jieda berkata...

cemomoi ~ betul tu


aainaa ~ memang..orng tu bukannya malu pun


Roronoa Zorro ~ dia nak bayar tol.bayar cash tapi berebti kat laluan Touch N Go

Jieda berkata...

Rama2ungu ~ memang..sikap begini memang menyusahkan orang


Style ~ betul tu