Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
02 Mei 2010

Awas : Panggilan Dari Kad Kredit

Cerita di bawah ni memang aku copy paste dari kotak email aku. Semoga dapat pengajaran dan berhati-hati kepada yang ada credit card.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. *kalau kat skrin handphone aku tak terpapar apa-apa nombor memang tak ingin aku nak jawab*

40 patah-patah kata:

Infinity berkata...

ces bedebah punya para penjenayah...

Syida Shukor berkata...

bahayanya , tak pasal pasal duit kita dikebas haih

leen hussain berkata...

memang hantu yg tak jujur keja menggunapakai identiti orang nii.... esok lusa dia lak kena padan muka...akak baca ni je terus call laki akak pesan jgn angkat no yg tak dikenali,yalah kita bisnes, byk no tak dikenali masuk utk bisnes tapi kena hati-hati...
thanks jieda...

OnE HeArT..OnE LoVE.. berkata...

huhu.penjenayah negara mcm ni..patut diambil perhatian pihak spptnya..

zulkbo berkata...

salam..
berhati2
penipuan begini
selalu berlaku
jangan bagi butiran
peribadi anda..
terima kasih kongsi.

DaHLia berkata...

seb bek tak pakai CC

tapi good info for sharing :)
thanks jieda :)

Jieda berkata...

Infinity ~ penjenanyah memang bedebah hehehe..

Jieda berkata...

Syida Shukor ~ betul..itu cara dorang nak dapat duit ngan mudah.dengan menipu

Jieda berkata...

leen hussain ~ betul tu kak leen.kdg2 tu dapat call dari company yang ntah mana-mana mintak beli barang dorang tapi bayar ken guna kad kredit.

Jieda berkata...

One Heart..One Love ~ betul tu

Jieda berkata...

zulkbo ~ tu la..memang tak bagi butiran kepada sesiapa melalui phone melainkan memang kita kenal atau pernah jumpa

Jieda berkata...

Dahlia ~ tak payahlah pakai kad kredit.Dulu saya pakai gak tapi tu la tak pandai contro susah huhuhu..skang ni dah tak pakai lagi.senang rasa hati

si para para berkata...

bahaya ni..macam macam taktik diorg guna untuk dapat duit dgn jalan salah..hmmm trma kasih atas perkongsian mklmat ini...

Shahril @ eddy_duyung berkata...

Salam..pihak Polis mempunyai cawangan yg khusus bg menyiasat kes-kes seperti ini,Bhgn Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) di prngkt daerah atau diperingkat kontijen (JSJK),jadi sila rujuk ke bhgn tersebut untuk kes-kes seperti ini,mereka lbh maklum utk menangani kes spt ini,harap anda dapat membantu pihak Polis untuk membantu anda...

Jieda berkata...

si para para ~ buat peringatan kepada kita semua

Jieda berkata...

Sharil @ eddy_duyung ~ baguslah jika kita ada tempat untuk diadukan.thanks for info tu juga

sweeTSour berkata...

Keyyah penah dpt email pasal org yg kena tipu ni..br2 ni lah dia kena tipu..cara dia sama ngn member awk kena n org 2 pn keja kat bank..mmg licik btol penjahat ni sampai org keja bank pn boleh kena tipu.

s h e e berkata...

ish2...mcm2 care skrng prg menipu kn...kena sentiasa hati2 ouh...

RaMa2UnGU berkata...

memang tak layan pun kalau call dri org tak kenal ni...
spttnya tanya diri dulu, ada tak pkai kad kkredit..kalau takde takyah la memandai bgi itu ini kat otg tu...

skang ni mcm2 hal org nk mnipu

Cik SHiN~JU berkata...

Good info..
thanks 4 sharing...

eLL berkata...

maka berhati hati lahh kepada pemegang kad kredit

kaChaNG_dEwa berkata...

waaa..macam ni pon ada ka?huhuu..kena ati2 la pasni

azieazah berkata...

Terimakasih berkongsi info.

Mohon izin nak copy juga. Untuk dikongsi bersama kawan-kawan lain.. bleh?
terimakasih.

Jieda berkata...

sweetSour ~ orang kalau dah nak menipu tak kira sape dah

Jieda berkata...

shee ~ betul tu.memang kena berhati-hati

Jieda berkata...

Rama2UnGu ~ memang..jangan suka-suka bagi maklumat pada sembarangan orang

Jieda berkata...

Cik Shinju ~ sebagai peringatan bersama

Jieda berkata...

eLL ~ pada orang yang tak pakai pun kena berhati-hati..takut dorang gunakan taktik lain pulak

Jieda berkata...

kaChang_dewa ~ betul tu..memang kena hati-hati

Jieda berkata...

kak azieazah ~ takpe..akak copy paste je.saya pun dapat dari kotak email gak

ASaDa RyutaRo berkata...

semakin mantap taktik diorang ni. klu kena ngn orang yang baru je guna credit card, mmg naya la..

panik woOo klu tiba2 dapat tau ada org guna, lebih2 lagi klu dh sampai tahap riban-riban..

sama-sama la kita beringat dan berwaspada.. penjenayah akan memikirkan teknik demi teknik untuk memperdayakan kita.

jangan terlalu mudah percaya. fikir masak-masak sebelum membuat satu-satu tindakan, lebih-lebih lagi nk mendedahkan maklumat diri.

Ezad berkata...

ishk.. baye ek... mcm2 hal... duit nye hal. mcm2 trick org buat ek...

qellissa berkata...

erkk...kena berhati2 lah pas ni..dulu pon sikit lg nak terkena..tp i x bg no kad, bahaya tul..kang x pasal2 kena tanggung beban lak..

AA berkata...

Sebijik macam apa yang jadi kat my hubby. I blogged about it some time ago :
http://hanifadil.blogspot.com/2010/01/unit-kad-palsu.html

ardinihumaira berkata...

jahat la orang cemni. dni selalu dapat sms jadi pemenang pogram itu ni. last2 semalam naik angin terus dni sms penghantar tu ayat cilakak. sakit hati seminggu pasti ada sms cemtu

Flying Pixel berkata...

pernah kene gak..tapi modalnya menang hadiah..power root..bahaya2~

Flying Pixel [dot] Com

Malwana berkata...

Abah Malwana pernah dapat panggilan camni, tapi tak tersangkut sebab abah soal balik berkenaan detail yg sepatutnya diorang / pihak bank tau, so kantoi la..

.::WaNiE::. berkata...

yang mangsa pun kene la berhati2 sikit, dah tentu sangat la tak logik boleh sambung kat bank negara by put call on hold jek

+akufobia+ berkata...

nasib belum ada kredit card.seram.haha.

Tanpa Nama berkata...

gudinfo kak.. tp aie xberani gune kad kredit.. kdg2 kad kredit ne lebih dr along.. menakutkan.ahaha..silap hb mau kopak duit.