Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
19 April 2010

Cerita Sedih Mengenai Kehilangan

Salam semua..

Hati aku masih sedih memikirkan kejadian pada malam isnin lepas. Masih terbayang-bayang di ingatan aku. Sebenarnya malam isnin tu aku terima panggilan dari anak sedara husband aku mengatakan adik aku terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika pulang dari memancing. Terkedu aku dengar pastu aku suruh husband aku call adik aku bertanyakan keadaannya. Alhamdulillah adik aku hanya mengalami kecederaan kecil di siku tetapi kawannya yang memandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian. Innalillahhiwainailaihirajiun.

Kirakan malam tu juga aku sekeluarga bertolak ke Hospital Kota Tinggi. Sampai sana aku sempat tanya ngan adik aku wife arwah dah tau ke belum tapi adik aku bagitau dia tak sampai hati nak beritahu pada wife arwah bahawa arwah telah meninggal dunia. Dia cuma suruh datang ke hospital. Tak lama kemudian, wife arwah sampai dan terus jumpa adik aku dan bertanyakan keadaan suaminya tapi adik aku suruh pergi ke wad kecemasan. Bila sampai di wad kecemasan, aku nampak wife arwah meraung dan pengsan. Aku tak sampai hati nak tengok situasi begitu. Tak dapat dibayangkan kalau aku di tempat wife arwah. Air mata tak usah cakap la. Memang berjurai-jurai.

Kejadian tu berlaku lebih kurang pukul 9.30mlm. Punca kejadian apabila sebuah kereta Satria Neo yang dipandu seorang lelaki cuba memotong kereta yang dinaiki adik aku dan arwah tapi tak lepas lalu bergesel dengan kenderaan arwah menyebabkan kereta terbabas lalu merempuh tembok penghujung jambatan. Sebenarnya jalan tu memang tak boleh memotong kerana double line tapi si pemandu yang bodoh dan bangang tu potong jugak. Punca arwah meninggal kerana cedera dalaman yang teruk. Masa kat hospital tu pun si bodoh bangang tu pun ada juga tapi dia cuma terkehel bahu saja. Hisshh..geram je tengok dia.


Beginilah keadaan kereta yang dinaiki arwah dan adik aku selepas kemalangan. Aku pelik juga, Toyota Alphard boleh jadi seteruk ni. Kalau tengok dari keadaan kereta ini rasa paling tidak pun adik aku mesti cedera parah tapi kuasa Allah maha besar, adik aku selamat begitu juga dengan dua orang anak arwah yang ikut pergi memancing. Anak arwah pun cuma cedera ringan. Arwah ni ada 3 orang anak, dua lelaki sorang pompuan. Yang sulung umurnya 10 tahun, lagi sorang 7 tahun dan yg kecil sekali dalam lingkungan 3 tahun. Sedih kan, masih memerlukan belaian seorang ayah. Masa kat hospital ramai kawan-kawan adik aku dan arwah datang melawat. Terharu juga sebab dorang sanggup datang dari jauh. Semangat kawan dorang memang utuh. Aku rasa dalam 20 orang yang datang.


Kepada sesiapa yang baca entri ni, sedekahkanlah Al Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah....

114 patah-patah kata:

Lepat Pisang berkata...

Salam
Lepat ucapkan takziah buat famili aruah adik Kak Jieda..semoga roh aruah ditempatkan diklgan orang beriman..sedih mengenangkan orang yang telah pergi..

Jieda berkata...

Lepat Pisang ~ bukan adik tapi kawan adik huhuhu

TTT berkata...

Innalillahhiwainailaihirajiun..
Cian kwn adik kak jieda tu..
T_T
Sabar ye kak jieda...

aisyah ^^ berkata...

takziah buat keluarga kawan adik...huu..
alfatihah

Jieda berkata...

TTT ~ terima kasih

aisyah ~ terima kasih juga

kakngah berkata...

Al-Fatihah

ssh nk ckp kan..
keangkuhan org lain, org yg tak bersalah terima akibat..
apa jadi kt mmt yg potong double line tu??
ada amik apa2 tindakan undang2 tak???

Jieda berkata...

kak ngah ~ betul tu,mamat tu cuma terkehel bahu je tapi rasanya family arwah mesti akan amik tindakan tu.

Syahrul Iman berkata...

Al-fatihah..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg mndapat rahmat dari-Nya..

takziah juga buat kluarga arwah..

Jieda berkata...

Syahrul Iman ~ terima kasih

hani berkata...

al-fatihah..byak kmalangan takut la ..dngar..dah fobia..

.::WaNiE::. berkata...

eeiii tulah sebab orang-orang yg bodoh tak reti nak sabar nilah orang lain terkorban.

al fatihah kepada arwah.

Nota : teruk betul alphard tu?

hani berkata...

al-fatihah..byak sangat kemalangan fobia dah..

hani berkata...

al fatihah..fobia dah degan kemalangan.

eLL berkata...

takziah - Al-Fatihah

Uda berkata...

al fatihah utk arwah.. takziah utk keluarga arwah..
kesian adik jieda.. mesti sekarang ada rasa trauma.. sebab kehilangan kawan baik..

Jieda berkata...

hani ~ betul tu..skang ni memang banyak kemalangan yang membabitkan maut.

Jieda berkata...

Wanie ~ memang..dengar2 budak bodoh bangang tu baru beli kereta.mungkin nak test keta pasal tak pasal orang lain yg terkorban huhuhu

Jieda berkata...

eLL ~ terima kasih

Jieda berkata...

Uda ~ kesian kat dia sebab ada kawan adik bgtau masa kat hospital,arwah memang rapat sangat dengan adik,selalunya bila arwah nak pegi mancing dia pasti akan suruh adik temankan.

ManjaIxora berkata...

salam.. al-fatihah buat kawan adik jieda.. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman.. maz doakan juga semoga isteri arwah tabah membesarkan anak2..

pemandu yg bangang tuh patut kena belasah jer.. biar padan muka.. ee, geramnya.. sbb kecuaian dia, org lain yg jd mangsa.. bodoh, bangang, mangkuk hayun.. geramnyerr..

sedih saya bila baca citer nih.. rasa nak menitis air mata.. tp sbb kat office, tahankan jugak lah.. huhuhu

IbuHakimHaikal berkata...

Alfatihah...xsanggup nk tgk keadaan kete yg teruk tu..

Jieda berkata...

ManjaIxora ~ memang.masa nampak budak bodoh tu rasa cam nak tumbuk je.arwah tu drive keta dah di tempat yg betul.sampai harini rasa cam sakit hati je kat pemandu tu sebab ianya melibatkan adik jieda juga

Jieda berkata...

IbuHakimHaikal ~ memang teruk keta tu.ramai tak sangka rupanya ia seteruk camtu

suka_haha berkata...

sian arwah.. dhla dia x salah..

Jieda berkata...

suka_haha ~ akibat kecuaian orang lain huhuhu

Watierman, rmanbkr berkata...

AlFatihah...buat arwah....

Takziah buat keluarganya...moga isterinya lebih tabah menghadapi hari2 mendatang....

Syukurlah Adik Jeida selamat ya!

Jieda berkata...

Kak Watie ~ masa dapat berita ni,saya tau adik saya selamat tapi sejauh mana kecederaan saya tak tau sehingga saya sampai ke hospital.Tapi memang kesian yg teramat sangat tengok isteri arwah.moga dia tabah dan redha,itu yg diharapkan

Fia Abas berkata...

alfatihah..sedihnya, sian kat isteri arwah,tapi yg pegi ttp pegi..driver yg memotong tu, kalo xinsap2 jugak xtaula nk kate apa =(

Jieda berkata...

Fia Abas ~ rasanya budak tu tak minta maaf pun dengan adik atau isteri arwah.mungkin malu kot.tu la..tak fikirkan keselamatan org lain.

RaMa2UnGU berkata...

aduh..sayunya la..kesian isteri arwah tu...

al fatihah utk arwah dan takziah utk keluarga arwah..
mudah2an ditabahkan hati isteri dia..

Jieda berkata...

RaMa2UnGU ~ mudah-mudahan...

qellissa berkata...

Alfatihah buat arwah, sedih sgt baca..sebab kesilapan org lain org x salah jd mangsa.dan x dpt bygkan mcm mana perasaan isteri arwah..mesti sedih sgt dan x boleh terima hakikat..yelah suami kita kuar rumah elok2 alih2 x baper lama kita tau dia da xde..Kesian sgt..x tau lah mcm mana klu kita dia tempat dia...kdg2 kita cuma boleh ckp semoga dia tabah, tapi kita tak tau mcm mana dia nak lalui hari2 mendatang tanpa suami disisi..sebab kita bukan di tempat dia..ape2 pon sgt sedih baca post ini..jatuh air mata ku ini..huhuhu

Jieda berkata...

qelissa ~ betul tu,memang tak boleh bayangkan.harap2 kita tak melalui seperti isteri arwah ni lalui

eQuRlz berkata...

sedihnya..... takziah untuk keluarga arwah..

Cik aiNa berkata...

al-fatihah..

memang sedih kak kalau kehilangan, tambah² lagi dengan berita mengejut mcm tu. aina pun x boleh nak bayangkan.. =(

Jieda berkata...

eQuRlz ~ terima kasih eqa.

Jieda berkata...

Cik Aina ~ betul tu aina..tak ada sesiapa yang bersedia menerima kehilangan orang yg tersayang

Bb Hussain berkata...

Innalillahiwainnailaihiwajiun..sedihnya baca..

Lepat Pisang berkata...

Salam
Kak Jieda,thankz correctkan comment lepat.maklumlah time lepat tengah ngantuk.so ade mistake sikit..salam takziah buat keluarga aruah.Memang kena ambik tindakan undang2 kat brader yg potong double line tu..sengal tul..

sHaFAa berkata...

salam
al-fatihah buat arwah..
takziah buat keluarga arwah..

Jieda berkata...

Bb Hussain ~ ajalnya sampai dengan cara begitu.

Lepat ~ hehehe..takpe,akak dah betulkan.berita baru yang akak dengar budak sengal tu berbohong dengan polis masa polis amik statement.dia cakap kereta yg adik akak naik terbabas dan dia tak sempat ngelak.mmang kuang ajar.kemungkinan besar family arwah akan amik tindakan undang2.

sHaFAa ~ terima kasih.

Noryanti Binti Hj Rosli berkata...

al-fatihah..
sedihnye...smoga isteri dah keluarga arwah tabah mnjalani hari2 mndatang...

Jieda berkata...

Noryanti ~ itulah yang diharapkan

BaDBoYs berkata...

Takziah sahabat...

Eye_nee berkata...

Alfatihah..
DariNya kita dtg kepadaNya kita kembali....semoga wife kawan adik Jieda tu tabah yer...

sarah shafie berkata...

al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

.sweet-ants. berkata...

syukur adik awk slmt..
takziah pd wife kwn adik

Siti berkata...

Ya Allah, sedihnya...alhamdulillah adik jieda selamat yer..
tgk keadaan kereta tu, mmg nampak agak teruk la accident tu...mintak dijauhkand ari kejadian sebegini kat kita semua.

MineMixs berkata...

Salam. Al-Fatihah & takziah kepada yang telah pergi. Doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin.
Sedih bce kesah wife dia..huhu..

ferienza hezra fara berkata...

cian pada si anak yg melihat kejadian tuh...

:(

Jieda berkata...

BadBoy ~ ye la..sama2 kita sedekahkan al Fatihah kepada semua umat islam yang telah meninggal

Eye-nee ~ tu la.harap2 wife arwah tabah tapi kesian sangat sebab hilang tempat bergantung

Jieda berkata...

sarah syafie ~ amin...

sweet ants ~ Alhamdulillah kerana adik masih diberi peluang untuk hidup

Siti ~ benda ni kita tak boleh jangka,kadang2 kita bawak berhati-hati pun tetapi kerana kelalaian org lain terjadi camni

Jieda berkata...

MineMixs ~ kalau tengok keadaan dia masa tu lagi sedih huhuhu

ferienza ~ anak yang sulung tu duduk sebelah arwah ayahnya lepas kejadian.maknanya dia mengadap arwah ayahnya.hiss..sampai skang saya rasa sedihnya lagi.

s h e e berkata...

takziah buat keluarga arwah...
Al-Fatihah...

Captain berkata...

ucapan takziah buat keluarga Allahyarham..
Adik yg selamat syukur kerana masih panjang umur...

shiori_LA berkata...

takziah pada keluarga arwah n al fatihah

Jieda berkata...

shee ~ amin..semoga rohnya dicicuri rahmat

Captain ~ Alhamdulillah...masa dpt berita pasal kemalangan tu memang risau sebab takut adik cedera parah

shiori_LA ~ terima kasih atas ucapan itu.amin

iEz@CuTe berkata...

Salam,terima kasih diatas coretan kak Jieda. Semoga roh abang saya ini dicucuri rahmat. Arwah telah selamat dikebumikan di kg halamannya di Batu Pahat selepas solat Zohor semalam. Memang susah nak menerima berita ini, tetapi kami sekeluarga redha kerana Allah memang lebih menyayangi dirinya dan medoakan kesejahteraan arwah di sana. Semoga kani diberi kekuatan untuk mengharungi hari2 yang mendatang tanpa insan tersayang. Al-Fatihah untuk arwah.

Jieda berkata...

iEz@CuTe ~ alamak..camner boleh masuk ke sini hehehe..apapun secara personal,takziah diucapkan kepada kamu sekeluarga.

iEz@CuTe berkata...

Dengar2 ade masuk paper..so my husband search la..then terjumpa plak this blog. Thanks sesangat sbb buat coretan nie... Wife arwah abg dah nampak ok sket, anak2 dia pun compare yesterday.Memang berat bak menerima hakikat tetapi smua atas kuasa ALLAH ..dah ketetapan-Nya.

Jieda berkata...

iEz@CuTe ~ Alhamdulillah kalau camtu.Maklumlah kejadian ni memang tak sangka akan terjadi tapi tu la..yang paling sedih bila akak tengok wajah anak dua orang tu sebab lebih kurang cam anak akak juga.

p/s:apapun..salam kenal.akak masuk blog kamu tapi takde chatbox,kalo tak boleh juga kita borak2.

zulkbo berkata...

salam takziah buat keluarga arwah..
al-fatihah..moga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh..

cGi0 berkata...

al fatihah buat keluarga saudara kita.

apa pun itu semua pengajaran buat kita semua.. bila tiba masanya kita akan kembali kepada yg Esa.

moga kita semua di beri petunjuk dan hidayah Nya.

wasalam.

nas aliff berkata...

ouh..
salam takziah even da terlambat..
moge roh mereke dicucuri rahmat!

Jieda berkata...

zulkbo ~ amin..

Jieda berkata...

cGi0 ~ oleh itu sentiasalah beringat dan bersedia kerana kita tak tahu bila tiba masa kita pulak

Jieda berkata...

nas aliff ~ terima kasih sudi baca entri yang nenyayat hati ni

ASaDa RyutaRo berkata...

inna lillah wainna ilaihi rojiun..

takziah utk family arwah.

yg pergi tetap pergi, yg hidup kena teruskan kehidupan.

hadapi dgn penuh keredhaan. semoga family arwah lebih tabah dgn sokongan org d sekeliling.

black_mel berkata...

takziah utk keluarga arwah...tak sangka keta mahal mcm tu pun boleh remuk mcm tu...tp ajal maut di tangan tuhan...al-fatihah~

Jieda berkata...

ASaDa Ryutaro ~ betul tu..mungkin dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan dapat menenangkan keadaan isteri arwah

Jieda berkata...

black_mel ~ memang remuk teruk keta tu mel,harini kuar kat paper,lagi terserlah keremukannya.

iEz@CuTe berkata...

kak , paper ape ek...nak tengok gak..

Jieda berkata...

iEz@CuTe ~ paper harian metro page 2.ada gambar kereta tu juga ngan gambar arwah abang awak.

iEz@CuTe berkata...

thanks..tapi lupa plak..saya dah masuk keje nie and currently in kl...hymetro tu edisi johor kan?..xpelah nanti balik kg saya baca

Jieda berkata...

iEz@CuTe ~ haah..edisi johor.takpun buka website metro..mana la tau kot2 ada

iEz@CuTe berkata...

tu la...dah check yang metro online...dia guna edisi tgh..

ツbieaz@bie Azreenaツ berkata...

Al-Fatihah buat kawan dik akak jieda..

Geram jugak kat budak bodoh bangang tu!!Entah dah insaf ker x lagi...

Mario berkata...

Innalillahhiwainailaihirajiun...

Jieda berkata...

iEz@CuTe ~ kalau nak tengok betapa sayangnya kawan2 kepada arwah abang kamu,pergi ke website ni johorfishingtribe.com

Jieda berkata...

biez ~ harap-harap dia insaf supaya dia tak lakukan lagi kepada orang lain.kalau tak insaf juga hukum pancung je.menyusahkan orang.

Jieda berkata...

mario ~ sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah.Amin...

|| NaFiRaa || berkata...

al-fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga arwah...sebak plak bila terkenangkan situasi isteri arwah..

buxx_szmania berkata...

al fatihah...
salam takziah kepada keluarga arwah

iEz@CuTe berkata...

tu la kak , menangis kite baca dalm fishing tribe nye forum...dalam paper utusan pun ade..teruk betuk kete tu

Jieda berkata...

Nafira ~ tengok masa kat hospital tu lagi la sebak

Jieda berkata...

buxx_szmania ~ terima kasih.

Jieda berkata...

iEz@CuTe ~ sama la,akak baca masa kat rumah.menitik-nitik airmata jatuh.walaupun tak kenal tapi entahlah mungkin arwah antara kawan adik yang rapat.akak nak sampaikan salam takziah dari kawan-kawan yang berkunjung ke blog akak ni samaada di ruangan komen dan di chatbox kepada iEz sekeluarga.

BayuSenja berkata...

Takziah buat keluarga arwah.
Al-Fatihah buat arwah.Amin.

pak long berkata...

salam...
kecuaian org lain menyebabkan kita yang jadik mangsa...
takziah diucapkan...moga rohnya dicucuri rahmat...

ezany berkata...

al fatihah..

sedih sgt baca kisah di atas.. :'(

mokteh berkata...

salam...innalillahi wa inna ilaihi raaji'un
sudah sampai masanya
kak...sy org johor gak..akak duduk kat mana?

Jieda berkata...

BayuSenja ~ doakanlah semoga roh arwah berada di kalangan orang2 yg beriman.Aminn

Jieda berkata...

pak long ~ betul tu,sebab itulah kita ni kena sentiasa berhati-hati.jangan ingat diri kita je tapi kena ingat orang di sekeliling kita.betul tak?

Jieda berkata...

ezany ~ samalah,masa saya buat entri ni,sebak rasa di dada.

Jieda berkata...

mokteh ~ kat kulai.kamu?

cEro berkata...

kehilangan amat menyakitkan...

yang pergi biarlah pergi, redhakanlah..
kita yg hidup ni perlu teruskan..
sedekah al-Fatihah kepadanya selalu..
moga rohnya ditempatkan bersama kekasih-Nya..

dina berkata...

disebabkan pemandu lain yg bodoh dan bingai, seorang anak kehilangan bapa, isteri menjadi balu, ibu ayah kehilangan anak, adik kehilangan abang, abang kakak kehilangan adik...

al fatihah buat arwah! Takziah buat keluarganya

eynda berkata...

Al-Fatihah buat arwah...semoga isteri arwah & anak2 tabah...sedihnyer bila baca kisah macam ni... :-(

Rye berkata...

al fatihah....

darkbatman berkata...

takziah kak.. semoga rohnya ditempatkn dikalangan yang beriman.amin..al fatihah

asked berkata...

makk aihh...
dasatnyer...

ade hikmah mende ni belaku ni..

Jieda berkata...

cEro ~ betul tu..tak usahlah nak ingat lagi cuma sedekahkan doa je

Jieda berkata...

dina ~ betul tu

Jieda berkata...

dina ~ betul tu

Jieda berkata...

eynda ~ dah seminggu berlalu,saya pun harapkan isteri dan anak2nya lebih tabah mengharungi hari yang mendatang.

Jieda berkata...

Rye ~ amin...

Jieda berkata...

darkbatman ~ insyaAllah..amin

Jieda berkata...

asked ~ semoga dapat dijadikan pengajaran

ell berkata...

sedih ooo bile kehilangan org tersayang

ell berkata...

al-fatihah

farysa berkata...

kehilangan seseorang mmg sedih
tp kita kena terima jgk kehilangan tu kn
=((
Al-Fatihah

ATikah Mustapa berkata...

a;-fatihah..moga arwah ditempatkan di samping orag-orang yang beriman...sabarlah k.jieda semua yang hidup pasti akan mati...

puanbee berkata...

ya allah sedihnya kak , al fatihah buat arwah ..

Shen Ji @ Linda berkata...

Innalillah... Al-Fatihah buat keluarga arwah. Namun pada yg masih hidup, diharap dapat menghadapi hari2 yg mendatang dgn tabah.

Saya terbaca page akak ni. Membuatkan saya teringat kepada kemalangan yg saya dah suami tempuhi di Highway Pagoh. Asalnya ada kereta nak memotong (nak cepat, high beam dan cucuk2 dari belakang). Jalan tu kan gelap, so abang slowkan kereta.. Elok je bagi signal dan susur kiri. Tiba2 kereta melayang, kak. Kalau tgk keadaan kereta memang teruk. Hancur depan sampai dashboard. Pintu kemek, cermin hancur. Seat belakang tercabut. Org yg tengok kereta tu semua budget kami x ada dah. Tapi alhamdulillah, kami selamat. Suami luka2 dan saya masih x dpt bercakap. Peti suara saya rosak terkena hentakan seat belt, tengkuk sakit sebab whiplash injury (susah nak tidur/baring/sandar) & rahim/perut ada internal bleeding.

Saya amat memahami perasaan mereka yg terlibat dalam kemalangan. Perasaan dan rasa sakit semasa kejadian sampailah sekarang ni saya masih dapat rasai. Rasa takut nak naik kereta pun ada. Nak x nak kena kuatkan juga diri ni sebab nak baik cepat kan. Banyak benda yg saya belajar dari kejadian ini. Kita dapat rasai kuasa kebesaran Allah, hikmah dan petunjuk yg Allah berikan, masa sakit kita tahu siapa saudara dan siapa kawan yg sebenarnya. Oh ya... Kereta tu terlanggar SEBIJI TAYAR SPARE TRELLER yg jatuh tgh2 lane kiri highway. Selepas kami kemalangan, di belakang kami ada sebiji motor pun melayang terlanggar tayar tu. Penunggangnya patah kaki dan retak2 tulang.

Saya akan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Hanya Allah sahaja yg boleh menyedarkan org2 yg bersalah ni... Amin.