Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
07 April 2010

Lagi Kes Dera: Bapa pukul anak kerana anak nak pakai tudung

Aku menggeliat sepuas-puasnya. nasib baik takde sape yang nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku huhuhu... tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke aku nak pakai tudung? Kenapa abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, abah aku ni jenis orang yang sibuk giler tapi belum sampai ke tahap gila. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah lama meninggal dunia. Sedih sangat-sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir. Jam pula telah menunjukkan 11 pagi dan perut telah mula terasa lapar lalu aku bangun mencapai tuala untuk membersihkan diri. Lepas mandi, aku membelek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku nak bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau abah aku taknak bagi aku pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain. Semuanya taknak pakai tudung! Tapi aku nak!!!

Setelah menyiapkan diri, aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Aku menjenguk melalui tingkap dan nampak abah yang baru pulang dari kerja. Aikkk.. nape pula abah balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak abah benarkan aku bertudung.

Setelah pintu dikuak, aku bersalam dengan abah dan tanpa berlengah, aku berkata ''abah, saya nak pakai tudung, nak jugak". Abah aku terus menjegilkan matanya sebesar-besarnya. Panggggg... abah telah melempang aku lantas aku terjelepuk di celah sofa. ''Aduhhh...sampai hati abah. Saya tau la ayah rasa malu kalau saya pakai tudung. Salah ke kalau saya nak tutup aurat? Kalau adik dan abang tak nak...'' belum sempat aku menghabiskan kata-kataku sekali lagi aku dilempang oleh abah.

''Kau jangan nak bagi aku malu. Kau jangan buat pasal. Kau nak pakai tudung nak buat apa?? Dah beratus kali aku cakap LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila kelas agama, kau ponteng. Nama kau abah letak ''Razali'' tup..tup lekat jadi ''ZAZA'' je. Memang  la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik kau lelaki, abang kau pun lelaki jugak!'' Abah terus menghamburkan kemarahannya.

Aku yang masih terjelepuk di celah sofa terus menangis tersedu-sedu. Dah la sakit kena lempang, tudung pun tetap tak dapat pakai juga.

SALAHKAH AKU? SALAHKAH AKUUUUU... 
Ohhh..TIDAKKKK


23 patah-patah kata:

azieazah berkata...

Sama ada salah asuhan atau salah beli pakaian.. huhuhu keliru...!

cik syazni berkata...

bhahaha..ingatkan kes dera ape td..hik hik~

YANG GAMBI berkata...

Ingatkan siapa tadi..... cerita lawak....rupanya....pasti ramai yg lebai-lebai berduyun masuk blog ni... kah...kah..kah...

ellis suriyani berkata...

ekk...akak..ish...hahah...lelaki memang la x pakai tudung..

Jieda berkata...

ellis ~ hehehe

mamalieyna berkata...

hahaha..citer lawak ghupenye..ingt serius nye citer! tipah tertipu dgn tajuk n3 ni..huhu..

p/s lawa template ni..saya suka! ^_^

Jieda berkata...

YNAG GAMBI ~ cerita lawak di ptg hari

Jieda berkata...

kak azieazah ~ tak tau la salah yang mana hehehe

Jieda berkata...

cik syazni ~ hehehe...suspen kan baca tajuknya

Jieda berkata...

mamalieyna ~ masa dapat email ni,ingatkan memang kes dera betul hehehe

Watierman, rmanbkr berkata...

Jeida ni kan...Akak dok fikir2 cam mana Akak terlepas pandang kes cam ni kat dalam surat khabar....

Hampeh..!Cubit karang!

Watierman, rmanbkr berkata...

Akak dok fikir2 kat mana Jeida dapat cerita ni habis semua surat khabar Akak baca....

Hampeh nya budak...cubit karang!

Jieda berkata...

Kak Watierman ~ hahaha...jauh la kak nak cubit saya

Siti berkata...

adoii..memula baca dari tas ras nak marah jer kat ayah, bila dah sampai bawah rasa nak tegelak puna da..sabor jer..

Jieda berkata...

Siti ~ dlm kes ni diwajibkan bapanya dera anaknya hehehe

hans berkata...

hahahaha

blogermanz berkata...

uhuhu.. cemas aku membacanya.. nice story..:) keep up ya.. ahakzz

zaiMi berkata...

memang salah. haha

Jieda berkata...

han ~ amboi..sukanya dia

Jieda berkata...

blogermanz ~ cemas ye

Jieda berkata...

zaiMi ~ hahaha...

.::WaNiE::. berkata...

heheheh :)

ManjaIxora berkata...

hahaahah.. suspen jer..