Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
17 April 2010

Ohh..Aku teringin

Aku teringin..apa yang tiba-tiba membuatkan aku teringin? Ooo..sebenarnya tadi masa aku tengah syok tengok tv, tiba-tiba aku terbayangkan buah kundang. Rasanya yang masam masam manis tu cukup membuatkan aku terliur. Hmm..sedapnya tapi sayang sekarang ni bukan musimnya lagi.

Buah kundang ni adalah antara buah feberet aku. Buah ni pula tak boleh makan terlalu banyak dalam satu masa nanti lidah tu akan rasa kebas tapi aku tak kira, aku bedal je. Kadang-kadang aku boleh habiskan 1 kilo utk aku sorang je. Aku masih ingat lagi masa aku mengandungkan anak yang kedua, aku makan buah tu macam aku makan nasi. Pagi petang siang malam.

Ehhh..korang tau tak buah kundang tu camne? Haa..sila lihat gambar di bawah ni.

Thanks to pakcik google

Nape ek buah ni dipanggil kundang. Masa aku kecil-kecil dulu, ada orang cakap kat aku buah ni dinamakan kundang kerana bijinya yang berwarna ungu. Ntah betul atau tidak tapi ada kemungkinan juga. Kalau yang muda pula sedap dibuat jeruk tapi tu la..skang ni susah nak jumpa.

9 patah-patah kata:

.::WaNiE::. berkata...

sedap nihhh:P

faeznaem berkata...

hahahaha.. hari tuh ade jumpe kat pasar malam.. beli laa.. tapikannn..
buah dier manis sangat.. tak masam2 seperti yg diharapkan.. =(

hans berkata...

orang pompuan suka makan buah nih

Jieda berkata...

Wanie ~ memang sedap

Jieda berkata...

faeznaem ~ kalau manis takder masam-masam pun okay jugak cuma lagi sedap yang masam masam manis.betul tak?

Jieda berkata...

hans ~ ada juga orang lelaki yang suka hehehe

pak long berkata...

salam...
nampak macam buah star jer....atau belah pak long panggil buah remia..masam tu...

anyss berkata...

Salam,
Agak2nya, rakyat Malaysia akan bertambah sorang lagi tak kat JB? ;)

Love Says it All~ berkata...

check out the latest dates for makeup classes!!!

APRIL

24TH : PERSONAL/BASIC GROOMING CLASS RM150
25TH : PERSONAL/BASIC GROOMING CLASS RM150

MAY
8TH-9TH : BRIDAL MAKEUP CLASS/KELAS ANDAMAN PENGANTIN RM500 (2DAYS)

15TH & 16TH : BRIDAL MAKEUP CLASS/KELAS ANDAMAN PENGANTIN RM500 (2DAYS)

**MAKEUP PROVIDED FOR ALL CLASSES.
**LUNCH PROVIDED
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN
**LIMITED TO ONLY 6 PAX MAXIMUM FOR ALL CLASSES!!!
**BRING YOUR FRIENDS ALONG AND GET RM20 DISCOUNT FOR PERSONAL CLASS & RM50 DISCOUNT FOR BRIDAL CLASS!!!!!


WEEKDAYS CLASS IS ALSO PROVIDED!!! (UPON CLIENT REQUEST, DO MAKE AN APPOINTMENT FIRST BEFIRE CONFIRMING)

HTTP://WWW.EYRARIZAL.COM
FB: EYRA RIZAL / eyrarizal@gmail.com
016-2128740 (SMS & CALL WILL DO)