Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

13 Mei 2010

Masalah Mulut Berbau


Salam semua.. masalah mulut berbau. Pernah tak korang ada kawan ke atau sesiapa yang mulutnya berbau. Masa aku kerja kat tempat lama, ada sorang staff ni mulutnya memang berbau. Tak tahan tu kalau dekat dengannya tapi aku kesian bila tengok dia sorang-sorang je, tak ramai yang nak dekat dengan dia. Dalam masa yang sama takde sesiapa pun yang volunteer menegur termasuklah aku hehehe. Serba-salah... nanti kang kalau tegur takut dia kecik hati. Kawan-kawan yang lain suruh aku tegur tapi bila aku ready nak tegur, dia pula berhenti kerana dapat sambung pelajaran.

Jom kita baca info berkenaan mulut berbau atau halitosis.

Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkan tanpa sebarang tindakan. Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Faktor utama adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada jutaan jenis bakteria. Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau

*Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak di dalam mulut
*Rakan atau orang sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
* Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda.
* Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.

Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah mulut:

1) Minum banyak air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebih dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah.

2) Penggunaan Herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

3) Berhenti merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.



22 patah-patah kata:

Aduka berkata...

mulut berbau mmg memalukan..
especially laki yg isap rokok..
mmg mulut mudah sgt berbau..
dlu sy isap rokok..
mmg x lari dari masalah mulut berbau..
sejak benti, asik nk kunyah aje..
tp efek mulut berbau dah kurang..
kdg2 chew gum..
mulut berbau wangi..
=)

*bangun dr tido pn kdg2 mulut berbau.. haha*

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

kadang2 dah bg hint tu pun tak sdr diri kak..huhu..mmg sesak nafas jdnya

Jieda berkata...

aduka ~ dulu my husband pun isap rokok.sangat tak suka kalau dia dekat ngan saya.sebab bau mulut dari hisap rokok tu la.

*bangun tido tu biasa la hehehe*

Jieda berkata...

Nur Hawa ~ tu yang susah.kita ni serba salah jadinya

adibbfirdaus berkata...

kekadang tersedar mulut senirik da bebau sebab da tengah ari panas gile + tak minum air langsung...tengah jenjalan xkan nak gosok gigi kan.. mineral water n chewing gum la jd pembantu..heheh..

lagi satu kalu gi kem ke lupe bawak bros gigi atau jatuh masuk sungai..menangis la jawabnye..kena la kumur mulut senirik n gosok gigi guna jari..heheh..nak mandi kena tunggu sume orang siap mandi or blom mandi agi..takot kantoi gosok gigi guna jari...hahahah

Jieda berkata...

ContactLens Kelabu ~ info juga ni bila dah terdesak

nabilah_2908 berkata...

hrumm..if tk minum seharian pun leh buat mulut berbau...

so..dlm beg..and dlm drawer ada jer stock mentos..huhu.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
ALAHAI VIVA BIRU

Ezad berkata...

hurm.. ezad p0n ade mmbr yg mulut mak aii.. bau.. nauzubillah... ntah la. die xisap okok p0n... ezad salu x tahan.. bile bual ngan die... bile nak tegur tak0t kecik ati lak... so biar je la.. die dengan bau2nye...

Jieda berkata...

nabilah_2908 ~ betul tu.mentos kan berangin,boleh juga kurangkan bau mulut ye

Jieda berkata...

Ezad ~ member2 lain tak pernah tegur ke? yang seksanya kita sebab nak mengadap dia hehehe

.::WaNiE::. berkata...

thanks for sharing kak jieda

nice info

tehr berkata...

kadang2 bukan mulut je yang berbau
...siksa

XYZ berkata...

haish...
fenin klu jumpa org mulut berbau ni...

lain la klu betol2 ade penyakit tak pe gak...

ni mmg saje biar je berbau....
ayoyo =)

Unknown berkata...

kalo diam je kan, mst mulut jd berbau.
huhu

najihah berkata...

tq info..

banyak mengumpat pun boleh meyebabkan bau mulut..

ada betul kah?hehe

Jieda berkata...

Wanie ~ sama-sama

Jieda berkata...

tehr ~ ni mesti pasal badan pun berbau ye

Jieda berkata...

MissXYZ ~ betul tu,jita pun tak selesa nak berbual

Jieda berkata...

Ery ~ sebab tu kena minum air,biar mulut tu lembap

Jieda berkata...

TUKANG KATA ~ itu berbau lain hehehe

Yuni Aisyah berkata...

yuni pernah berpengalaman dengan mulut org berbau nie..bila cakap berhadapan dgn nie rasa cam nak termuntah dgn bau mulut dia tu...baik punya tahan bila habis ckp je terus cpt2 amek udara segar..hehe

Cromirama Elcy berkata...

tapi kalau rockers mulut berbau takpa... baru steady rock... hehhehhe....

http://cicaktonjeng.blogspot.com/