Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

05 April 2010

Pemergian yang masih dirasai

Walaupun dah masuk hari ke 3 tapi aku masih lagi merasai kehilangan pelawak tanah air kita iaitu Allayarham Din Beramboi. Kat opis tadi sempatlah aku baca suratkhabar METRO AHAD. Selak page by page ternampak coretan Borak Pak Nil. Kita semua sedia maklum Pak Nil atau dikenali dengan Aznil Hj Nawawi adalah antara yang paling rapat dengan arwah. Sambung balik..tajuk coretan ''Ubat Saya Sudah Pergi''. Sedih aku baca coretan tu hingga menitis air mata. Aku copy dan paste sebahagian dalam Borak Paknil yang menyentuh hati. Manalah tau kalau ada antara korang yang belum baca.

''Din,pilih tempatlah untuk berlawak''

Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Pak Nil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.

Din yang ada di depan Pak Nil ketika itu ketawa melihat Pak Nil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.
Pak Nil tegur dia:''Din, ko boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?'' Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya ''Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah. 

Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis. Sekarang, dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.

''Suka hantar SMS yang mengarut.
Paknil memang tidak suka ber'SMS' dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila tidak ada di Era lagi? Din jawab: ''Sebab dia tak tau nak komen apa untuk Alex yang memang best!''

Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap ''Din,cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang''. 

Nak tau apa yang Din jawab pada Paknil? ''Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak matilah''.

''Din, aku rindukan kau''
Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya ( kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe )

Paknil pun tak tau apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.

Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!
Wassalam..

Apa yang pastinya ramai peminat Allahyarham Din Beramboi akan terus merinduinya.....


32 patah-patah kata:

amelia shafer berkata...

ala...baru jer nak lupakan kisah sedih kehilangan 'dia'...bila baca nih dah sedih balik..huhuh....aperpun moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pak din..amin..alfatihah

Fadhilah berkata...

menitik air mata bila bce post ni.wlupn dh bce byk kali pn ttp sedey gak..
smga arwah pak din dicucuri rhmt..
alfatihah..

pak long berkata...

salam..
kita bukak riuh pagi ERA sebab ada arwah..kalau tidak tak bukak radio Era...kita ikuti arwah ni sejak dia jadi DJ kat THR...

Mr. Asada berkata...

siyes x tau nak kata apa.. sedih mengiringi pemergian din beramboi..

tu takdir din beramboi.. semoga beliau masuk dalam golongan org beriman..

riuh kat era tu x riuh dah.. klu rancangan tu masih ada, org pasti akan teringat kat din beramboi..

Jieda berkata...

AeMieZEzZany ~ kita doakan je la untuk arwah

Jieda berkata...

Miss Fadhilah ~ tu la..harini pun dah banyak kali baca.tak jemu-jemu pulak rasanya

Jieda berkata...

pak long ~ skang ni kat era pun dah tak ceria lagi

Jieda berkata...

ASaDa RyutaRo ~ saya rasa dalam ramai2 artis yang pergi,arwah ni la yang paling meninggalkan kesan

Fadhilah berkata...

mugkin coz kata2 pak nik eclaz kn..

Jieda berkata...

Miss Fadhillah ~ kan dorang berdua memang kawan baik

mamaarifakeemaisy berkata...

pagi2 dh buatkan saya menangis la..huhu..sedih..ramai yg merasai sgt2 ketiadaan arwah kan...moga2 ramai yg sentiasa mensedekahkan Al-Fatihah buat arwah.. :(

.::WaNiE::. berkata...

betul

kalau dengar pagi2 memang gelak ketawa sungguh

hmm al fatihah lagi untuk dia

Jieda berkata...

mamalieyna ~ betul..kekadang tu masih terngiang-ngiang lagi dia punya lawak

Jieda berkata...

.::WaNiE::. ~ sebab tu bila pagi suka dengar radio era tapi skang ni dah tukar siaran lain lagipun pak nil tgh bercuti skang ni.

Watierman berkata...

Kerana personalitinya tulah....yang menjadikan dia "Din beramboi"...& Allah lebih menyayanginya Dik!...

Siti berkata...

alahai..sayu hati bila baca ni. Hanya orang yg rapat dengan arwah tahu camna sifat arwah yg sebenar.

Azmil Ahud ® berkata...

artikel ni wat ak nangis la .. huhu .. ~sentimental mood lum ilang ag ni~ :(

Mak Su berkata...

sy penah betegur sapa ngan din beramboi masa dia aktif dgn gila gila, tapi sebagai orang awam, saya malu sangat nak becakap2 ngan dia.... hari ni saya cadang nak buat entri tentang ini lah....

Jieda berkata...

Kak Watie ~ Betul tu kak.

Jieda berkata...

Siti ~ memang sayu tau baca luahan hati paknil tu

Jieda berkata...

ZELL BUKAN NAMA SEBENAR ~ sabar la..sedekahkan Al Fatihah untuk arwah

Jieda berkata...

Mak Su ~ bestnya pernah bertegur sape

black_mel berkata...

btul ckp dia.kalau menangis boleh selesaikan masalah,nangis lah...

Jieda berkata...

black_mel ~ huhuhu..taknak nangis lagi la

Syue berkata...

serius sedih baca luahan hati paknil tuu :'( tk tahan laa, masih terasa kehilangan din beramboi

Jieda berkata...

syue ~ memang betul-betul sedih

azieazah berkata...

Sedih sangat.... sedihhhh.. Sangat rindukan dia, lawaknya, rindukan kelakar dia, gaya selamba dia...

Moga diampunkan segala dosanya, dirahmatinya di sana...

Rindukan dia sesangat...

Jieda berkata...

Kak Azieazah ~ semua peminatnya masih merindukannya

Yudi Kurniawan (a-One) berkata...

wah kata2nya dalam banget,, sip deh,, slam kenal dari melayu jambi

Jieda berkata...

Anak Jambi ~ salam kenal juga dari saya

mrs sweet lola berkata...

yg x bestnye dlm fb ade budak mengutuk2 arwah.bole search rafiqin darwisy.camtu la lebih kurg.bdk tu sungguh kurg ajar.

Jieda berkata...

Mrs Narchotique ~ tu la..skang ni pun tgh heboh pasal budak rafiqin tu.biarlah tuhan yang membalasnya.