Salam pagi semua... masa aku tengah bersiap-siap nak pergi kerja pagi tadi, en suami sms aku mengatakan DIN BERAMBOI telah meninggal dunia. Innalillah.. memang aku terkejut dan sedih sebab arwah tu seorang yang kelakar dan periang. Aku suka dengar lawak dia tak kiralah dalam rancangan apa pun. Selepas ni tiada lagi nak dengar drama sebabak di era, tiada lagi celoteh dia dalam rancangan spontan, tiada lagi kedengaran suara latar dalam rancangan America's Funniest Pet. Tapi itulah dah namanya ajal. Ajalnya sampai ketika persada seni tanahair masih memerlukan beliau. Salam takziah buat keluarga beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Harini juga merupakan tahun ke empat permergiaan anakku sebab tu bila aku mendapat perkhabaran ni hati aku sayu sangat kerana jatuh pada tarikh yang sama.
5 patah-patah kata:
salam jieda..takziah diatas pemergian anak jieda walaupun 4 tahun dah berlalu semuga Allah cucuri rahmat keatas rohnya..
Datin El ~ terima kasih kak.
memang terkejut jugak psl ni..
Al-fatihah buat arwah!
Salam Takziah pada keluarga arwah....juga buat Jeida...moga arwah2 yang telah kembali kepadanya ditempatkan dikalangan Hambanya yang dirahmati...Amin!
sabar ye kak. allah lebih sayangkan anak akak
Catat Ulasan